SPR Beri Pertimbangan Terhadap Kerusi Tambahan Di Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memberi pertimbangan kepada cadangan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin supaya diwujudkan satu lagi Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimennya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagaimanapun berkata beberapa faktor seperti fizikal saiz negeri, kepadatan penduduk serta kemudahan perhubungan perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum cadangan itu boleh dilaksanakan.

Menurutnya situasi serupa turut berlaku di kebanyakan negeri di Sarawak yang mana Dewan Undangan Negerinya sebenarnya lebih besar daripada negeri Pahang.

"Hakikatnya, Kinabatangan bukan tempat tunggal yang memiliki keluasan kawasan besar tetapi keadaan yang sama juga kelihatan di beberapa kawasan di Sarawak," katanya ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24, semalam.

Dalam pada itu Abdul Aziz turut memberitahu, SPR memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan untuk memastikan segala proses perjalanan Pilihan Raya Umum berjalan lancar dan memuaskan hati kesemua pihak terlibat.

Tegasnya persiapan yang rapi adalah penting agar SPR sentiasa berada dalam keadaan bersedia berhadapan dengan sebarang kesulitan sekiranya berlaku pilihan raya.

Ditanya mengenai bilakah tarikh sebenar PRU 13, Pengerusi SPR itu memberitahu, persepsi mengenai tarikh sebenar PRU sudah kedengaran di khalayak umum.

Sementara itu Abdul Aziz turut menegaskan bahawa sebarang cadangan untuk memansuhkan terus Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak boleh dilakukan kerana kehendak undang-undang sedia ada tidak membenarkan ia berbuat demikian.

Mengikut undang-undang sedia ada, sekiranya berlaku kekosongan luar jangka dalam tempoh tiga tahun pertama sesebuah kerajaan itu memerintah, bermakna PRK perlu diadakan.

PRK, ujar beliau, sebaliknya tidak perlu diadakan sekiranya kekosongan luar jangka berlaku pada dua tahun terakhir pemerintahan sesebuah kerajaan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan