Pasaraya 1Malaysia Pasarkan Barangan Buatan Malaysia Di Luar Negara - Ismail

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelbagai produk buatan Malaysia akan mudah didapati di luar negara dengan adanya Pasaraya 1Malaysia (1Malaysia Mall) yang akan diwujudkan tidak lama lagi, permulaannya di Vietnam dan China.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perbincangan secara terperinci mengenai perkara berkenaan akan diadakan dengan Vietnam dan China pada Julai ini.

Katanya, pihaknya kini juga sedang giat mengumpul nama-nama syarikat dan produk yang berminat untuk menyertai Pasaraya 1Malaysia di luar negara.

"Saya lebih fokus kepada Vietnam and China. Di Vietnam tanah sudah dikenal pasti cuma kita perlukan perbincangan secara terperinci manakala di China pula, kita telah adakan perbincangan dengan syarikat pemaju di sana.

"Kita menjangkakan projek Pasaraya 1Malaysia akan dapat dilaksanakan pada 2012. Projek Pasaraya 1Malaysia ini akan dilaksanakan oleh pihak swasta manakala kerajaan hanya akan membantu dari segi urusan rasmi yang melibatkan perbincangan antara kerajaan kedua-dua negara," katanya kepada pemberita selepas perasmian Ekspo Beli Barangan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Menurut Ismail Sabri, lokasi Pasaraya 1Malaysia di Vietnam telah dikenal pasti di Ho Chi Minh manakala di China pula masih belum ditetapkan memandangkan negara itu mempunyai kepadatan penduduk yang ramai di setiap bandarnya.

Selain itu, beliau berkata beberapa negara seperti India dan Iran juga telah menyatakan minat mereka untuk membangunkan pasaraya berkenaan di negara mereka.

Beliau berkata pasaraya 1Malaysia itu akan berkonsepkan di mana 50 peratus daripada barangan yang dijual di dalam pasaraya itu adalah barangan atau produk dari Malaysia.

Katanya, barangan atau produk yang dipasarkan di dalam Pasaraya 1Malaysia itu tidak hanya terhad kepada barangan tertentu sebaliknya diperluaskan kepada semua jenis barangan buatan Malaysia termasuk produk makanan, barangan keperluan, produk kecantikan dan kesihatan.

Membangunkan Pasaraya 1Malaysia adalah antara 13 projek permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menjelang 2020, kerajaan menetapkan sasaran 21 pasaraya 1Malaysia akan diwujudkan di luar negara dengan memasarkan produk atau barangan buatan Malaysia termasuk produk makanan, barangan keperluan harian, produk kecantikan dan kesihatan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan