Lima IPTS Di Sabah Dikenakan Kompaun RM50,000

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya lima Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Sabah dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 atas pelbagai kesalahan tahun lepas, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung.

Beliau berkata kesalahan itu termasuk mengendalikan kursus tamat tempoh, pindah premis atau menawarkan kursus tanpa kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Sehubungan itu, Hou memberi amaran kepada semua IPTS agar sentiasa mematuhi kriteria dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Langkah itu penting bagi menjamin kualiti program akademik yang ditawarkan sekaligus menjayakan wawasan kerajaan untuk menjadikan negara hab pendidikan bertaraf antarabangsa pada masa depan, katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan wakil-wakil IPTS zon Sabah di sini, Jumaat.

Terdahulu dalam ucapannya Hou berkata sepanjang tahun lepas, sejumlah RM413,000 kompaun dikenakan terhadap IPTS yang melakukan pelbagai kesalahan di seluruh negara, selain denda RM15,000 bagi satu kes pendakwaan di Mahkamah. "Belum pernah Kementerian Pengajian Tinggi begitu tegas dalam memastikan Akta 555 dipatuhi, dan saya amat menyokong usaha ini diteruskan demi kepentingan negara," katanya.

Beliau berkata dalam kes terbaru, sebuah IPTS iaitu Institut Senireka Raffles telah disabit kesalahan dan didenda RM120,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas lima pertuduhan berkaitan dengan mengendalikan kursus tanpa mendapat kelulusan.

"Ini adalah institut pertama yang dikenakan denda dengan jumlah yang besar oleh mahkamah...saya tahu ada beberapa lagi kes yang sedang dan akan ke mahkamah, termasuk IPTS yang statusnya lebih tinggi daripada kolej," katanya.

Hou berkata sehingga April lepas, jumlah IPTS yang beroperasi di negara ini ialah 488 buah, termasuk 25 berstatus Universiti, 22 berstatus Kolej Universiti, lima cawangan universiti luar negara dan 436 berstatus kolej.

Sementara itu, beliau menyarankan semua IPTS bertaraf kolej, termasuk di Sabah supaya memberi sokongan dan mengambil bahagian dalam Sistem Pengukuran Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta atau Malaysian Quality Evaluation System (MyQuest).

Hou yakin penilaian MyQuest akan dijadikan kayu pengukur kepada kualiti urus tadbir institusi, program pengajian dan graduan yang dihasilkan oleh sesebuah IPTS.

"Saya percaya MyQuest akan memberi peluang kepada kolej untuk mengetahui kekuatan dan kekurangan masing-masing.

"Kolej yang enggan atau mohon untuk dikecualikan daripada MyQuest atas sebab yang tidak berasas, hanya akan mengapungkan satu persepsi yang kurang baik terhadap mereka kepada khalayak umum," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan