Bekas Timbalan Menteri Kewangan Hasilkan Novel 'Dendam'

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbitan, Fixi pada Rabu melancarkan novel terbaru keluaran mereka bertajuk 'Dendam'.

Novel yang mempunyai halaman 309 muka surat ini merupakan karya hasil nukilan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Afiffudin Omar.

Ia merupakan karya beliau yang keempat selepas bergiat aktif dalam bidang penulisan sejak tahun 2009.

Antara karya yang pernah dihasilkan beliau termasuk Mujahid Agung dan Paradoks.

Menurut Dr Afiffudin, novel itu ditulis berdasarkan pengalaman yang beliau kutip ketika beliau menjadi ahli politik dan ahli perniagaan satu ketika dahulu.

"Semuanya saya jadikan panduan untuk menggarap novel terbaru saya ini.

"Novel ini merupakan sebuah novel fiksyen dan watak-watak yang terdapat di dalamnya hanyalah rekaan semata-mata," katanya pada majlis pelancaran novel Dendam di Pusat Ekusterian Bukit Kiara di sini, Rabu.

Afiffudin pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan dari tahun 1995 sehingga 1999.

Mengenai tajuk novel tersebut, bekas Ahli Parlimen Kuala Nerang (2004-2008) ini mengakui pada awalnya beliau memilih tajuk, "Dialektika".

Namun disebabkan ia hendak dipasarkan dan mahu menarik perhatian pembaca, beliau akur apabila syarikat penerbitan tersebut menukarnya kepada Dendam.

Pada majlis tersebut, beliau turut diraikan dengan sambutan hari jadinya yang sepatutnya disambut pada Jumaat.

Isterinya, Datin Wan Kalsum Wan Yusof serta anak-anaknya membuat kejutan dengan menyediakan pulut kuning serta redang daging kepada ayah mereka sebagai kejutan dan tanda penghargaan.

Novel Dendam, mengisahkan tentang seorang jutawan, Khalil Gibran yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan.

Ramai wanita ingin menjadi berdampingan dengannya kerana ingin mengikis kekayaannya.

Namun dia mula berubah dengan bersikap zalim apabila melihat kekejaman yang berlaku terhadap ayahnya.

Bagaimanapun dia mula insaf apabila hatinya mengenal erti cinta dan kasih sayang.

Khalil mula berubah menjadi manusia baru.

Adakah dia berjaya lari dari sifat lamanya atau dendam akan terus bertakhta?

Dapatkan novel Dendam di kedai buku MPH serta Popular untuk mengetahui pengakhiran konflik dalam kehidupan Khalil Gibran.

Novel ini sudahpun berada di pasaran dan dijual dengan harga RM18 senaskah.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan