Prerogatif Kerajaan Negeri Bubar DUN - Fuziah

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan negeri mempunyai prerogatif untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum cukup tempoh lima tahun.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, (PKR) Fuziah Sallleh berkata jika dilihat kepada semangat federalisme, kerajaan negeri punya hak untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing tanpa mengikut pembubaran Parlimen.

“Cuma selama ini ia tidak diguna pakai kerana, sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) semua negeri kecuali Kelantan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN).

"Keadaan ini berbeza untuk PRU13, sebab Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya memerintah empat buah negeri, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mencadangkan pucuk pimpinan di semua negeri di bawah pimpinan PR tidak membubarkan DUN masing-masing jika PRU diadakan pada tahun ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP di sini malam Isnin lalu.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata pucuk pimpinan DAP lebih cenderung untuk tidak membubarkan DUN bagi membolehkan pemusatan tenaga dan jentera ditumpukan dalam menghadapi BN di peringkat Parlimen.

Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusan muktamad sama ada kesemua negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan akan sama-sama membubarkan DUN atau tidak, sekiranya PRU diadakan tahun ini, akan dibuat bersama oleh pucuk pimpinan Pakatan.

Negeri-negeri di bawah penguasaan Pakatan ialah Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Fuziah yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata, ada rasionalnya kerajaan PR tidak mahu membubarkan DUN sekiranya PRU diadakan pada tahun ini.

Jelasnya, tempoh lima tahun adalah tempoh masa yang sesuai untuk memastikan kerajaan negeri dapat memenuhi janji serta melaksanakan pelan pembangunan yang dirancang selepas memenangi PRU-12.

“Tempoh lima tahun adalah tempoh yang sesuai untuk adakan pilihan raya. Kenapa kita perlu tergesa-gesa untuk adakan PRU sedangkan banyak lagi program pembangunan yang dirancang belum dilaksanakan.

“Kita perlu rasional untuk menentukan tempoh membubarkan Parlimen dan DUN. Membubarkan DUN serentak dengan Parlimen bukan satu isu yang besar kerana kerajaan negeri punya hak untuk mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, cadangan Guang Eng itu perlu diteliti daripada pelbagai aspek sebelum keputusan akhir mengenainya dibuat.

“Isu ini perlu diteliti, kita perlu lihat pro dan kontranya sama ada untuk bubarkan DUN serentak dengan Parlimen atau tidak.

“Pada masa yang sama, saya lihat kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk bubarkan Parlimen kerana mereka ada tempoh 15 bulan lagi untuk mengadakan PRU-13,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata kerajaan perlu memberi perhatian kepada perkara pokok seperti isu ekonomi dan pembangunan rakyat sebelum membubarkan Parlimen.

“Tak ada keperluan untuk bubarkan Parlimen sekarang, banyak lagi isu yang perlu diselesaikan oleh kerajaan.

“Pimpinan tertinggi PR sentiasa membincangkan isu dari semasa ke semasa. Kita juga akan lihat alternatif yang boleh diambil sekiranya kerajaan membubarkan Parlimen dalam tempoh terdekat,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan