Pakar Perlembagaan Berbelah Bahagi Status Ahli Parlimen Batu

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kedudukan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua sebagai Ahli Parlimen Batu sepatutnya terbatal walaupun denda terhadap beliau dikurangkan kepada RM2,000.

Pakar Perlembagaan Persekutuan, Dr Sham Rahayu berpendapat, jumlah denda tersebut jelas menyebabkan status Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang sebagai wakil rakyat terlucut.

Bagaimanapun, beliau berkata demikian atas pandangan peribadi kerana keputusan Hakim Mahkamah Tinggi untuk mengurangkan denda terhadap Tian Chua dilakukan bagi mengelak berlakunya pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu yang diwakilinya sekarang.

"Memandangkan sabitan dan denda terhadap beliau masih kekal, maka statusnya akan terbatal. Ekoran itu, timbul konflik di sini tetapi setiap keputusan bergantung kepada tafsiran hakim secara literal," katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Sementara itu, peguam Salim Bashir berpendapat, Tian Chua masih mengekalkan jawatannya kerana Hakim Datuk Ghazali Cha memutuskan untuk mengurangkan denda tersebut dengan niat tidak mahu pilihan raya kecil diadakan.

"Selagi keputusan itu tidak disanggah, maka status beliau masih sah. Jika mahkamah lebih tinggi memberi keputusan berbeza maka akan timbul percanggahan di situ," jelasnya.

Menurut Salim, setakat ini keputusan berhubung sabitan dan denda yang dikenakan terhadap Tian Chua tidak bercanggah dan rayuannya ditolak atas alasan teknikal.

"Jadi kita harus menghormati keputusan yang ditetapkan mahkamah. Keputusan itu masih boleh diterima," jelasnya.

Pada 22 Oktober 2009, Tian Chua dikenakan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 ke atas setelah didapati bersalah menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota polis.

Namun, hukuman itu dikurangkan kepada denda RM2,000 atau penjara dua bulan selepas beliau mendapat kebenaran untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Jun tahun lalu.

Mahkamah Rayuan pada Selasa mengekalkan sabitan dan denda tersebut selepas rayuannya ditolak ekoran bantahan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) atas alasan kelewatan wakil rakyat pembangkang itu memfailkan notis rayuan melebihi tempoh 14 hari.

Mengikut Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan, seseorang ahli Parlimen hilang kelayakan selepas disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesebuah mahkamah dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000.

Pada 1975, seorang Ahli Parlimen DAP kehilangan kerusinya kerana dikenakan denda serupa.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan