Malaysian Media Awards 2011 Kembali Untuk Iktiraf Strategi Media

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Untuk tahun ketujuhnya, Malaysian Media Awards (MMA) Persatuan Agensi Media (PAM) kembali lagi pada tahun ini untuk mengiktiraf dan merayakan keunggulan strategi, inovasi dan kecemerlangan hasil yang dijana oleh kempen-kempen media dalam industri ini.

Untuk rekod, agensi-agensi media telah menjana 70% perbelanjaan pengiklanan (dalam anggaran RM8 bilion) di Malaysia sepanjang tahun lalu.

Majlis Malaysian Media Awards 2011 Persatuan Agensi Media ini akan berlangsung pada 1 Julai depan di Hotel One World, Bandar Utama dekat sini.

CEO Vizeum Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Malaysian Media Awards 2011, Andy Miller berkata, anugerah-anugerah MMA, akan diadili berdasarkan strategi media, pelaksanaan strategi tersebut dan hasil yang diperolehi untuk jenama yang terlibat.

“Anugerah 2011 ini, seperti biasa, akan memberi penghormatan kepada kempen yang paling inovatif dan cemerlang dari segi strateginya, bukan pelaksanaan kreatif.

"Tahun lepas, kami telah membuat beberapa perubahan yang dianggap satu kejayaan, misalnya, kami membuatkan entri dalam talian, dan juga memperbesarkan saiz para juri. Tahun ini seperti biasa kami berhasrat untuk memperbaiki dan menyempurnakan penganugerahan ini,” ujarnya kepada mStar Online.

Menurutnya lagi, anugerah ini akan turut menyaksikan empat perubahan utama yang akan diimplementasikan untuk memastikan ketelusan sepenuhnya.

Antara lain wakil-wakil dari 2A dan 4A akan turut menyertai panel hakim. Kedua, definisi-definisi setiap kategori untuk kejelasan para peserta dan ketiga telah dikemaskinikan dan tempoh untuk mengemukakan pencalonan akan dibuat enam minggu sebelum tarikh tutup, berbanding tempoh empat minggu yang diberi sebelum ini.

"Akhir sekali, kami akan memberi penghargaan kepada rakan agensi kreatif dalam setiap penyertaan kempen. Ini akan menjadi tanda sebenar bagaimana industri pakar-pakar media bekerjasama dengan pemilik media untuk mengoptimumkan pelaburan pelanggan kami,” tambah Miller lagi.

Miller berkata, dalam tempoh enam tahun lepas, MMA telah memberikan gambaran tentang pembangunan dalam industri pengiklanan dan media.

Tahun lepas telah menyaksikan bagaimana industri ini mengatasi tahun kemelesetan.

Anugerah 2011 ini akan merayakan bagaimana pihak industri telah kembali dari kesan kemelesetan ekonomi dengan cekap.

Tahun ini juga, jumlah kategori yang dipertandingkan adalah sama dengan 2010, iaitu 12 kategori iaitu:

· Penggunaan Televisyen Terbaik

· Penggunaan Surat Khabar Terbaik

· Penggunaan Majalah Terbaik

· Penggunaan Radio Terbaik

· Penggunaan Digital Terbaik (Dalam talian/Interaktif/Mobil)

· Penggunaan Pencarian Digital Terbaik

· Penggunaan Penajaan Terbaik

· Penggunaan Media Luar Rumah (Out-of-Home) Terbaik

· Penggunaan Poin Jualan Terbaik

· Penggunaan Kandungan Berjenama di Televisyen Terbaik

· Penggunaan Bajet Skala Kecil (bawah RM100,000) Terbaik – tidak termasuk digital dan

· Penggunaan Kempen Media Bersepadu Terbaik

Garis Panduan Penyertaan

Persembahan media perlu dilakukan dalam format digital di laman webnya, termasuk rumusan penyertaan tersebut yang akan diasingkan kepada empat bahagian – Cabaran (50 patah perkataan), Penyelesaian (75 patah perkataan), Perlaksanaan (75 patah perkataan) dan Hasil (50 patah perkataan).

Jumlah patah perkataan maksimum yang dibenarkan merupakan garis panduan yang amat tegas. Entri-entri yang melebihi had patah perkataan akan dikeluarkan daripada penilaian hakim.

Tahun ini, sekali lagi penyampaian secara audio-visual untuk menyokong entri akan dihadkan kepada tiga minit. Sebarang lebihan filem tidak akan diambil kira. Sekali lagi, sijil-sijil peserta akhir tahun ini akan dikeluarkan kepada entri-entri yang berjaya memasuki peringkat akhir. Walaupun sijil-sijil tidak akan dipersembahkan pada acara tersebut, ia akan berfungsi sebagai pengiktirafan usaha gigih para ahli.

Kesemua penyelesaian media yang dihantar mesti diimplementasikan buat kali pertamanya dalam tempoh masa antara 1 Januari hingga 31 Disember, 2010.

Dalam usaha memelihara alam sekitar, sekali lagi, keperluan untuk salinan kertas penyampaian telah dimansuhkan. Kesemua entri perlu dihantar secara dalam talian menggunakan borang pada laman web www.mymsa.org/mma2011 serta disokong oleh penyerahan satu lagi salinan dalam bentuk cakera padat.

Ini boleh dilakukan bermula 7 April 2011. Maklumat lanjut, terutamanya butiran-butiran teknikal, akan diumumkan dalam laman web tersebut.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan