Malaysia Sabahat Sejati Jepun: Najib

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Ketika Jepun sedang pulih daripada kesan gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear yang tercetus 11 Mac lepas, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu rakyat negara itu bahawa Malaysia sentiasa di sisi mereka sebagai sahabat di saat-saat gembira dan khususnya ketika dalam kesusahan.

Sambil menegaskan tentang pentingnya perpaduan dalam kalangan negara bagi menghadapi kesulitan, Perdana Menteri mengulangi komitmen Kuala Lumpur untuk menyokong usaha rakan sejawatan beliau dari Jepun, Naoto Kan, untuk membina semula kawasan-kawasan di timur laut negara itu yang teruk terjejas.

Berucap pada Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-17 di sini Khamis, Najib bukan sekadar menyentuh soal-soal ekonomi pada perhimpunan berprestij itu bagi membuktikan pendirian Malaysia mengenai erti kata sebenar persahabatan dan sifat penyayang.

"Pada pagi ini saya ingin melahirkan rasa simpati kepada mereka yang tidak lagi ada bersama kita -- semoga roh mereka dicucuri rahmat," katanya dalam ucapan yang disifatkan oleh beberapa peserta sebagai amat menyentuh perasaan.

Hadirin yang terangsang oleh ucapan itu telah berdiri sambil bertepuk tangan apabila Perdana Menteri selesai berucap dan sehingga beliau meninggalkan Bilik Fuji di Hotel Imperial, tempat persidangan itu berlangsung.

Menurut penganjur, derma yang dikutip pada persidangan itu dan bayaran pendaftaran peserta akan disumbangkan kepada mangsa bencana.

Bahaya mengenai gempa bumi turut diambil kira oleh penganjur persidangan itu apabila mengumumkan sebelum persidangan bermula bahawa jika berlaku gegaran melebihi 5.0 pada skal Richter, arahan akan dibuat supaya peserta keluar dari dewan persidangan dengan teratur.

Seramai 135,000 orang yang terselamat dalam bencana 11 Mac itu kini ditempatkan di 2,500 pusat perlindungan seperti sekolah dan dewan masyarakat.

Najib berkata komitmen Malaysia kepada Jepun ketika negara itu memerlukan bantuan bukan sekadar dialog di peringkat kerajaan tetapi ia sebenarnya satu persefahaman antara rakyat.

Katanya nasib yang menimpa rakyat Jepun ketika berlaku gempa bumi dan tsunami itu sehingga meragut banyak nyawa, seperti yang ditonton menerusi siaran televisyen, telah menyentuh perasaan semua rakyat Malaysia.

Perdana Menteri memuji semangat kental rakyat Jepun kerana mampu menghadapi krisis itu dengan tabah, bersemangat dan berdisiplin, walaupun tahap bencana itu boleh membuatkan mereka putus asa.

"Dalam perkara ini, Malaysia mahupun seluruh Asia Tenggara, bersepakat.

"Jika sebelum ini, ikatan kita adalah untuk mendapatkan manfaat sebagai rakan kongsi ekonomi, hari ini semasa berdepan krisis dan kesusahan, pautan kita adalah sebagai sabahat dan sebagai satu komuniti -- komuniti yang bukan hanya berbentuk bayangan tetapi sesuatu yang ketara dan nyata," katanya.

Kerajaan Jepun baru-baru ini meluluskan dana pembinaan semula sebanyak US$50 bilion. Kerosakan akibat bencana itu dilaporkan US$309 bilion, menjadikannya bencana alam paling tinggi kosnya di dunia.

Najib berkata bahawa dengan mengambil kira kestabilan, infrastruktur dan lokasi Malaysia, ianya sebuah negara yang sesuai menjadi tempat bagi syarikat-syarikat yang berusaha memulihkan keadaan di Jepun.

"Kami sedia bantu mereka di mana yang boleh," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan