Kerajaan Perlu Kurangkan Subsidi Bagi Barangan Yang Dibazirkan Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengurangkan subsidi yang diberikan kepada barangan yang dibazirkan oleh rakyat dan barangan yang tidak digunakan dengan betul, kata Dr Mahani Zainal Abidin, Ketua Eksekutif Institut Strategik Pengajian Antarabangsa.

"Bagaimanapun sekiranya barangan itu merupakan keperluan kepada rakyat dan subsidi penting kepada mereka, mungkin kita harus pertimbang lebih lama untuk menghapusnya," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini, Rabu.

Dalam usaha untuk mengurangkan subsidi, pertimbangan penting adalah kepada isu-isu semasa yang terlibat dan barangan itu sendiri dan bebanan atau kesan yang timbul daripada penghapusan subsidi, katanya. Setiap barangan khusus yang diberi subsidi perlu dikaji.

Dr Mahani juga berkata keputusan kerajaan untuk menangguhkan penghapusan subsidi satu langkah yang tepat, memandangkan isu-isu dunia sekarang dan ketidakstabilan ekonomi dunia.

Bagaimanapun, pemikiran pada dasarnya, menghapuskan subsidi, harus bermula sekarang dan perlu ada persediaan yang sewajarnya, katanya.

Penguatkuasaan juga sangat penting, katanya, sambil menambah jika tidak orang boleh menyalahgunakan sistem.

Dr Mahani juga berkata subsidi yang menyediakan perlindungan kepada setiap orang perlu dikaji semula dan hanya kumpulan yang disasarkan perlu disubsidikan agar mereka boleh menghadapi keadaan.

Mengenai sama ada akan berlaku inflasi dengan penghapusan subsidi, beliau berkata sekiranya subsidi dihapuskan daripada barangan pembaziran, perkara pertama yang orang akan lakukan adalah mengurangkan penggunaan, tetapi jika ia adalah barangan yang digunakan sepenuhnya, penghapusan subsidi sudah pastinya akan meningkatkan inflasi.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan