Jangan Terbawa-bawa Dengan Emosi - Khairy

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak yang ingin mengutarakan sesuatu isu berbangkit melibatkan sesebuah kaum, diingatkan untuk tidak terbawa-bawa dengan emosi sebaliknya mengamalkan sifat kesederhanaan.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata sebarang pendekatan dalam memperjuangkan sesuatu isu perlu mengambil kira sensitiviti pelbagai masyarakat majmuk di negara ini.

Menurutnya budaya berkonfrontasi seperti yang diamalkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan dalam memperjuangkan kepentingan Melayu hingga mengancam kaum lain adalah sesuatu yang tidak wajar malah tidak diperlukan.

"Dalam landskap masyarakat majmuk Malaysia, kita kenalah lakukannya dalam satu kerangka yang boleh membawa kepada kestabilan, keamanan selain menjaga hubungan antara kaum.

"Yang penting, kita perlu pastikan bahawa cara kita berhujah mengenai sesuatu isu wajar dilakukan secara intelektual, rasional dan tidak membuatkan kaum-kaum lain di negara ini berasa tidak selesa," katanya ketika ditemu ramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24, Selasa.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, Khairy memberitahu beliau akan menyerahkan perkara itu kepada pucuk kepimpinan tertinggi parti untuk diberi kata putus.

Katanya pandangan tersebut telah pun disampaikan kepada Presiden Parti baru-baru ini dan adalah baik jika perkara tersebut hanya dibiarkan antara diri beliau dan Presiden Parti.

Pada masa yang sama, Khairy turut mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan