DAP Bukan Parti Pelbilang Kaum Jika Hanya Mahu Tanding Di Kawasan Majoriti Kaum Cina - Dr Mah

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Anggota Exco Kerajaan Negeri Perak yang juga Naib Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, bagaimana DAP boleh mendakwa ia sebuah parti pelbilang kaum jika memutuskan hanya akan bertanding di kawasan majoriti kaum Cina di Negeri Perak dalam pilihan raya umum akan datang.

Kata Dr Mah, DAP Perak baru-baru ini telah memutuskan untuk memberi kerusi di kawasan majoriti Melayu kepada PAS dan PKR sahaja untuk bertanding.

“Ini dengan sendirinya menunjukkan DAP bukanlah sebuah parti pelbilang kaum sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh parti itu dan saya meminta semua penduduk negeri ini sedar akan hakikat ini,” ujar beliau dalam satu kenyataan, Khamis.

Malah kata Dr Mah lagi, keputusan DAP untuk menyatakan secara terbuka bahawa mereka akan menyokong calon PAS iaitu Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai calon menteri besar memperlihatkan betapa DAP sendiri tidak mempunyai calon-calon dari kalangan pemimpin Melayu yang dapat diketengahkan sebagai bakal menteri besar.

Katanya, DAP Perak siang-siang lagi telah memperlihatkan sikap menyerah diri dengan menyerahkan kerusi menteri besar kepada calon daripada PAS.

Ini juga melambangkan DAP tidak mempunyai calon-calon Melayu yang berwibawa untuk diketengahkan sebagai calon menteri besar dan hakikat bahawa ketiadaan calon-calon Melayu hanya menjelaskan bahawa DAP bukanlah sebuah parti pelbilang kaum.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan