52 Keluarga Di Taman Sri Gombak Bimbang Hakisan Tanah

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 52 keluarga di Taman Sri Gombak di sini hidup dalam kebimbangan berikutan hakisan tanah yang semakin kerap berlaku kira-kira 30 meter dari kawasan cerun bukit tepi rumah mereka.

Seorang penduduk Yusri Kamaruddin, 40, berkata hakisan tanah itu berlaku sedikit demi sedikit sejak penghujung tahun 2009.

"Cuma pada kira-kira pukul 7 petang tadi, hakisan semakin teruk menyebabkan runtuhan tanah sehingga ke kawasan sebuah rumah pencawang elektrik berhampiran.

"Sejak sebulan lepas kalau hujan lebat kami akan terdengar bunyi seperti tanah runtuh di kawasan itu," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya jika tanah semakin terhakis dan pencawang elektrik itu runtuh, ia akan menyebabkan bekalan elektrik terputus dan membahayakan kira-kira 20 buah rumah penduduk kampung Sungai Cincin, yang terletak di kawasan bawah taman perumahan itu.

Seramai tujuh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta beberapa anggota polis berada di tempat kejadian bagi memantau keadaan.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan