Pelbagai Bantuan Untuk Kelasi Terkandas Setahun Atas Kapal

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Tempat perlindungan, tiket penerbangan ke Bangladesh dan makanan ditawarkan kepada 15 kelasi yang terkandas dalam sebuah kapal kontena di pelabuhan Northport, Klang dan hidup dalam keadaan yang amat daif sejak lebih setahun lalu.

Mereka kini boleh pulang ke negara asal.

Rakyat Malaysia memberikan respons yang amat menggalakkan untuk menawarkan bantuan selepas mengetahui nasib malang anak-anak kapal MV Banga Biraj itu susulan laporan The Star, Selasa.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), James Nayagam yang menghantar makanan dengan segera kepada mereka menawarkan tempat perlindungan kepada kelasi tersebut di darat kerana mereka tidur di dek kapal tersebut.

Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mula memungut derma untuk membeli tiket penerbangan bagi mereka manakala sebuah restoran di Klang menyediakan makanan lazat untuk mereka, Rabu.

Sementara itu, pemilik kapal MV Banga Biraj menjamin anak-anak kapalnya yang terkandas bahawa gaji tertunggak mereka sebanyak lapan bulan akan tetap dibayar walaupun mereka meninggalkan kapal tersebut atas inisiatif sendiri.

Pengurus Besar HRC Shipping, Kapten Shajahan Siraj berkata, mereka akan mendapat gaji mereka walaupun ia mungkin mengambil masa.

"Bagaimanapun, mereka tidak perlu terdesak untuk meninggalkan kapal tersebut kerana mereka tidak tertekan.

"Kelasi-kelasi hanya meninggalkan kapal sekiranya jiwa mereka berada dalam keadaan terseksa. Dalam kes ini, mereka tidak mengalami tekanan sebegitu," katanya dalam temuramah menerusi telefon dari Dhaka.

Kapten Shajahan berkata syarikat perkapalan tersebut mengarahkan wakil tempatannya menjaga kebajikan anak-anak kapal.

Katanya, pihaknya menyediakan makanan, minuman dan bantuan perubatan kepada mereka.

Sementara itu, Setiausaha Pertama, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, MD Masudul Hasan berkata, pihaknya akan membantu menyediakan dokumen perjalanan anak-anak kapal terbabit.

Menurutnya, setakat ini, dua kelasi dari kapal itu dibantu pulang ke negara mereka pada Mac lalu.

Mengenai usaha menghantar mereka yang lain pulang melalui pengangkutan udara, Masudul memberitahu, pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Perkapalan Bangladesh.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Laut Wilayah Tengah, Kapten Jailani Jalal berkata pegawai-pegawainya berjumpa dengan kelasi di kapal itu.

Katanya, beliau akan menemui semua pihak pada Jumaat untuk menyelesaikan perkara tersebut.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan