Hui Linn Bangkit Semula Teruskan Kehidupan

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Dia terselamat daripada satu serangan asid 19 bulan lalu, menghabiskan masa tiga bulan di hospital, hilang penglihatan di sebelah mata manakala sebelah matanya lagi kabur melihat persekitaran.

Bagaimanapun, Tan Hui Linn memperolehi keputusan cemerlang iaitu sembilan A dan satu B dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

Terkini, gadis berusia 19 tahun itu bakal memulakan kehidupan baru pada Julai ini apabila meneruskan pengajiannya di kolej.

Remaja berhati waja dan optimistik itu nekad mengikuti pengajian kursus perakaunan oleh Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) selama tiga tahun.

Mata kanan Hui Linn buta sementara sebelah matanya mempunyai penglihatan yang terhad ekoran serangan asid pada 24 Oktober 2009.

"Ini adalah perjalanan hidup saya dan saya perlu meneruskannya. Tiada sesiapa boleh membantu saya. Setiap orang mempunyai harapan yang tinggi terhadap saya dan saya tidak harus menghampakan mereka," katanya.

"Saya percaya xian ku hou tian (bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian).

"Selepas insiden tersebut, saya amat takut menjadi buta sehingga kerap menangis.

"Seorang kaunselor di Hospital Sungai Buloh membantu saya dan memberikan wawasan kepada saya. Daripada tenggelam dalam kesengsaraan sendiri, dia memberitahu saya supaya melakukan apa-apa yang terbaik," katanya kepada The Star di kediamannya di Bandar Baru Air Itam di sini.

Buat julung kali, dia membenarkan foto wajahnya diambil tanpa berselindung di sebalik topeng yang dipakainya sebelum ini.

Hui Linn berkata, dia mungkin kelihatan tabah pada pengamatan orang luar. Namun, dia mengakui pernah menangis apabila mengenangkan apa yang dilaluinya.

Falsafah hidupnya sekarang ialah mengambil pendekatan selangkah demi selangkah dalam kehidupannya.

"Buat masa ini, saya ingin fokus minda untuk menghabiskan kursus itu dan berdikari. Saya juga berharap mempunyai rumah sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain untuk menjaga saya," kata Hui Linn yang kini tinggal bersama keluarga pakciknya.

"Saya bertuah kerana mudah belajar. Apabila saya nekad meneruskan pengajian itu, saya akan cuba sedaya upaya.

"Sesetengah kawan saya melabelkan saya kiasu (takut kalah)," katanya bergurau.

Hui Linn menambah, dia berharap untuk memberikan kaunseling dan motivasi kepada mereka yang melalui saat-saat sukar.

Sebahagian daripada muka dan anggota badan Hui Linn berparut selepas ayahnya Teik Swee, 54, menyimbah asid pada ibunya serta dirinya ketika mereka tidur di rumah di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim.

Ibunya, Chong Swee Lin, 50, maut ekoran serangan asid itu.

Hui Linn yang menemui ayahnya di mahkamah pada 6 April lalu berkata, dia berharap ayahnya yang paling menyayanginya tidak rasa bersalah lagi.

"Insiden tersebut telah berlaku dan saya telah menjalani kehidupan semula. Saya berharap dia juga akan berbuat demikian," katanya.

Teik Swee dipenjarakan dan hanya boleh dibebaskan selepas mendapat pengampunan Yang Dipertua Negeri. Hakim Mahkamah Tinggi Zamani Abdul Rahim mendapati dia tidak waras ketika melakukan serangan itu.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan