Tragedi Tanah Runtuh Temukan Semula Ibu Kandung dan Anak Selepas 11 Tahun

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norsuzana Abdullah bertemu anaknya Mohd Aizat Qushairi Abd Karim
Norsuzana Abdullah bertemu anaknya Mohd Aizat Qushairi Abd Karim

AMPANG: Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat pada Sabtu lalu telah membawa kepada satu pertemuan antara seorang ibu dengan anaknya yang telah terpisah selama 11 tahun.

Norsuzana Abdullah, 37, tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata kegembiraan apabila berjumpa dengan anaknya, Mohd Aizat Qushairi Abd Karim, 13, buat kali pertama sejak tahun 2000.

Norsuzana berkata, dia terkejut apabila terlihat nama anaknya itu di dalam senarai nama mangsa yang terselamat melalui berita pada malam Ahad.

"Apabila saya ternampak namanya, saya dapat rasakan dia adalah anak saya kerana nama yang diberi kepadanya agak unik.

"Selepas rakan-rakan memberi dorangan kepada saya untuk melawatnya, saya membuat keputusan untuk mencari maklumat di mana dia diberi rawatan.

"Tidak percaya rasanya apabila akhirnya saya dapat berjumpa semula dengan anak lelaki saya selepas bertahun-tahun lamanya mencari dan memikirkan bagaimanakah keadaan dirinya," kata Norsuzana yang ditemui di Hospital Ampang, semalam.

Dia memberitahu bekas suaminya telah mengambil Aizat dan abangnya selepas mereka bercerai pada tahun 2000.

Bekas suaminya kemudian menyerahkan dua kanak-kanak itu di bawah jagaan kakak-kakak ipar Norsuzana.

"Saya berusaha mencari lokasi anak-anak saya namun keluarga bekas suami enggan memberitahu di mana mereka berada dan hanya memberitahu dua beradik itu telah dimasukkan ke sekolah berasrama aliran agama," katanya.

Norsuzana mengatakan bahawa dia sedar Aizat mungkin sukar menerima dirinya kerana anak lelakinya itu tidak berpeluang menerima kasih sayang seorang ibu daripadanya sejak mereka bercerai.

"Saya berasa amat gembira kerana akhirnya dapat berjumpa dengannya namun sedikit hiba kerana saya sangat asing kepada dirinya.

"Saya sedar hanya masa dan usaha sahaja yang boleh merapatkan hubungan bersama anak saya ini dan saya akan terus berusaha," katanya yang berharap Aizat dapat menerima dirinya sebagai seorang ibu kandung.

Norsuzana yang bekerja sebagai pentadbir pejabat di sini mengatakan walaupun dia telah berkahwin semula pada tahun lepas tetapi dia belum mempunyai anak hasil perkahwinan tersebut.

Ibu saudara kepada Aizat, Aida Yaakob,31 berkata dia telah membesarkan Aizat seperti anak kandungnya sendiri sejak kanak-kanak itu berusia dua tahun.

"Dia memangil saya "mak" dan tidak mengenali Norsuzana sebagai ibunya," kata suri rumah itu.

Aida yang mempunyai anaknya sendiri mengatakan Aizat telah dihantar ke sekolah berasrama itu sejak empat tahun yang lalu.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan