Tian Chua: Saya Masih Ahli Parlimen Batu

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, beliau masih lagi Ahli Parlimen Batu walaupun rayuannya berhubung hukuman atas tuduhan menggigit seorang anggota polis empat tahun lalu ditolak.

Mahkamah Rayuan pada Isnin menolak rayuan Tian Chua ekoran bantahan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) atas alasan kelewatan wakil rakyat pembangkang itu memfailkan notis rayuan melebihi tempoh 14 hari.

Menurut Tian Chua, Mahkahmah Tinggi mengurangkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 kepada denda RM2,000 adalah bagi mengelak berlakunya pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu yang diwakili beliau.

"DPP tidak pernah memfailkan rayuan saya mengikut tafsiran undang-undang," katanya pada sidang media di sini.

Mengikut Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Tian Chua sebagai Ahli Parlimen terbatal kerana beliau didenda tidak kurang daripada RM2,000.

Tian Chua berkata, rayuannya hanya menyentuh hal berkaitan sabitan dan bukan terhadap hukuman.

"Saya berasa kesal kerana tidak diberi peluang untuk membuktikan diri saya tidak bersalah. Namun keputusan itu tidak akan menjejaskan tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen," ujarnya.

Pada Isnin, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari memutuskan sabitan dan hukuman terhadap Tian Chua kekal masih kekal tanpa mendengar merit rayuan selepas membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan.

Dua tahun lalu, Tian Chua didapati bersalah kerana mencederakan Konstabel Mohd. Rosyaidi Anuar, 23, dengan cara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan