PM Arah Tinjauan Menyeluruh Rumah Atas Tanah Pertanian

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu tinjauan menyeluruh dilakukan ke atas bangunan dan rumah yang dibina di atas tanah berstatus tanah pertanian bagi mengelakkan terdedah kepada risiko tanah runtuh.

Beliau berkata tinjauan berkenaan perlu dilaksanakan bagi memastikan pemilik premis mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

"Rumah-rumah dan bangunan yang dibina atas tanah berstatus tanah pertanian kebanyakkannya dibina tidak mengambil kira garis panduan yang ditetapkan dan ia mungkin terdedah kepada risiko tanah runtuh,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjaun ke lokasi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Hidayah Madrasah Al-Taqwa di sini, Selasa.

Perdana Menteri yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor terus ke lokasi sebaik tiba di tanah air dari Amerika Syarikat selepas melakukan siri lawatan kerja ke Qatar, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Hadir sama ialah isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, mengikut Kanun Tanah Negara, pemilik tanah boleh membina sebuah rumah di atas tanah yang berstatus tanah pertanian.

"Namun ada garis panduan yang perlu dipatuhi terutamanya bagi rumah atau bangunan yang dibina di lereng bukit.

"Bagi rumah anak-anak yatim ini, saya dimaklumkan bangunan ini gagal mematuhi garis panduan itu.

"Sebab itu bila kita keluarkan garis panduan itu, semua pihak perlu patuh kepada arahan itu," katanya.

Bagaimanapun Najib berkata, kebanyakan pemilik tanah enggan mematuhi garis panduan berkenaan kerana mereka perlu melakukan binaan strategi kejuruteraan pencemaran.

"Sebab itu saya katakan ia merupakan 'persoalan pilihan' yang perlu dibuat oleh pemilik tanah.

"Mungkin bagi mereka tanah itu amat bernilai dan satu-satunya harta yang mereka miliki, jadi selagi malapetaka tidak berlaku mereka tidak bersedia melakukan sesuatu untuk mengikut garis panduan yang ditetapkan itu," katanya.

Selain itu Najib berkata, kelemahan dari segi penguatkuasaan di pihak majlis perbandaran juga perlu diberi perhatian terutamanya dalam usaha memaklumkan kepada pemilik tanah mengenai risiko yang dikenal pasti.

"Saya akui ada kelemahan di pihak majlis perbandaran, jadi kita akan memantau dan berkerjasama dengan mereka bagi menangani perkara ini," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan