Nik Aziz Nafi Kerajaan Kelantan Rampas Tanah Rakyat Di Hulu Kelantan

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan kerajaan negeri itu merampas tanah rakyat yang didakwa berlaku di pedalaman Hulu Kelantan.

Beliau mengingatkan rakyat Kelantan agar tidak mengaku tanah diterokai adalah milik mereka selagi tanah itu belum dikeluarkan geran yang mengiktiraf pemiliknya.

Beliau berkata selagi tiada tindakan pihak berkuasa tempatan mengukur dengan meletakkan batu sempadan dan dikeluarkan geran hak milik tanah terbabit oleh pejabat tanah daerah, maka selagi itulah tanah itu menjadi hak milik kerajaan negeri.

"Saya menafikan kerajaan negeri merampas tanah rakyat yang didakwa berlaku di kawasan Hulu Kelantan dan apa yang kerajaan bangunkan membabitkan tanah yang belum dimiliki penduduk di kawasan pedalaman," katanya kepada pemberita selepas majlis Meraikan Pasangan Perkahwinan Orang Asli di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, dekat sini, Isnin.

Isu ladang rakyat menimbulkan kemarahan beberapa pihak apabila 500 Orang Asli berdemonstrasi menuntut kerajaan PAS menyerahkan kembali tanah adat mereka di hadapan pejabat Tanah dan Galian Gua Musang serta menyerahkan memorandum pada 18 Mei lepas.

Pada 16 Mei lalu, kira-kira 1,000 daripada berapa badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan dan Pemuda Umno mengadakan demonstrasi dengan berpakaian merah membantah projek ladang rakyat kerana didakwa berlaku penyelewengan di hadapan pejabat kerajaan negeri, Kota Darulnaim, Kota Baharu.

Pada 27 April lepas, tiga lelaki kaum Orang Asli Temiar dari Pos Belatim memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kota Baharu supaya menghalang kerajaan PAS Kelantan daripada meluluskan tanah di Pos Belatim, Gua Musang kepada Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan untuk projek Ladang Rakyat.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan