Menteri Akan Kaji Cadangan Laluan Keretapi Seremban - PD

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata pihaknya sedia mengkaji cadangan kerajaan Negeri Sembilan untuk menghidupkan semula khidmat tren pelancongan Seremban-Port Dickson.

"Ia adalah cadangan yang baik...Kita perlu buat kajian dahulu kerana dahulu kita ada tren pelancongan (Eastern Orient Express) tetapi projek itu terhenti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan stesen komuter Sungai Gadut di sini Selasa.

Beliau berkata perkhidmatan keretapi seperti komuter, monorail dan LRT sudah semakin popular di negara ini dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak teragak-agak untuk memodenkan perkhidmatannya di samping menambah 38 lagi set tren komuter dari China.

Katanya, walaupun peningkatan tren sangat popular di kalangan masyarakat biasa, kementeriannya juga ingin tahu mengapa syarikat-syarikat minyak yang mempunyai loji di Port Dickson dan Kerteh tidak lagi berminat menggunakan landasan keretapi untuk mengangkut bahan petrokimia mereka.

"Kita ada landasan keretapi yang digunakan oleh Petronas dari Kuantan ke Kerteh untuk pengangkutan bahan mentah mereka tetapi landasan ini tidak lagi diguna, kita akan kaji," katanya.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang sebelum ini mengemukakan cadangan pembukaan semula laluan rel Seremban-Port Dickson itu turut berharap kerajaan persekutuan dapat memaju dan membesarkan stesen keretapi bandar Seremban sejajar dengan langkah berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan