Malaysia Sedia Eksport Durian Ke China

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia sedia mengeksport durian ke China pada bila-bila masa bagi memenuhi permintaan tinggi ke atas buah tempatan oleh negara paling ramai penduduk di dunia itu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dilantik sebagai pengedar buah tempatan popular itu setelah mendapat surat rasmi daripada kerajaan China pada 11 Mei lalu.

“Semasa kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke China, kami ada memberi durian kepada Menteri Perdagangan di sana dan mereka berminat untuk mengimport durian dari negara ini.

“Kita menjangkakan musim kemuncak pengeluaran durian berlaku pada Julai, Ogos dan September ini dan melalui perbincangan, pihak Fama bersiap sedia untuk mengeksport durian ke negara tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kuiz Agro Xplorasi TV3 di Sri Pentas, di sini, Selasa.

Baru-baru ini kementerian berkenaan menghantar 100 produk berasaskan durian kepada Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam usaha memudahkan kemasukan durian ke negara berkenaan yang memiliki 1.3 bilion penduduk.

Sementara Duta Besar China ke Malaysia, Chai Xi berkata, percaya langkah kerajaan Malaysia mengeksport buah durian segar dan produk-produk berasaskan durian ke China akan diterima dengan baik oleh pasaran negara kuasa besar itu.

Noh turut melihat pasaran durian ke negara tersebut mampu membantu perkembangan ekonomi negara ini selain dan menjadi suatu kemajuan kepada sektor pertanian.

“Kami menjangkakan pasaran durian akan menjadi lebih besar apabila ia dipasarkan ke luar negara. Saya juga merasakan permintaan durian akan lebih meluas selepas ini,” ujarnya lagi.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan