DAP Cadangkan Semua Negeri Dibawah PR Tidak Bubar DUN Jika P/Raya Umum Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankausa Eksekutif Pusat DAP di sini malam tadi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ketika mengumumkan keputusan tersebut kepada para pemberita pada pagi Selasa menegaskan, pucuk pimpinan parti itu lebih cenderung untuk tidak membubarkan DUN bagi membolehkan pemusatan tenaga dan jentera ditumpukan dalam menghadapi Barisan Nasional di peringkat parlimen.

Guan Eng juga berkata bahawa langkah itu juga akan dapat memastikan usaha Pakatan Rakyat untuk memenangi semula Perak dapat ditumpukan sepenuhnya.

Namun begitu, Guan Eng menjelaskan keputusan muktamad sama ada kesemua negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan akan sama-sama membubarkan DUN atau tidak, sekiranya PRU diadakan tahun ini, akan dibuat bersama oleh pucuk pimpinan Pakatan.

Negeri-negeri di bawah penguasaan Pakatan ialah Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Sebelum itu, Guan Eng turut melancarkan secara rasmi laman web DAP dalam bahasa Malaysia sepenuhnya iaitu Roketkini.com.

Laman web itu dikendalikan oleh Ketua Pengarang Penerbitan Roket, Wan Hamidi Hamid.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan