Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim: Cerun Disahkan Masih Berbahaya

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Cerun belakang Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Madrasah Al-Taqwa iaitu lokasi kejadian tanah runtuh disahkan berbahaya ekoran wujudnya pergerakan tanah.

Pengarah Kanan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerjaraya (JKR), Datuk Dr Ashaari Mohamad berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati struktur tanah di cerun berkenaan masih lemah terutama dalam keadaan cuaca hujan sejak beberapa hari lalu.

"Buat masa ini kedudukan cerun itu memang tidak selamat malah kita dapati masih ada pergerakan tanah di dalamnya," katanya ketika ditemui selepas majlis taklimat mengenai tragedi berkenaan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di lokasi kejadian di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis taklimat mengenai tragedi berkenaan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melawat lokasi kejadian di sini, Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang Sabtu, 16 orang terkorban manakala sembilan yang lain cedera.

Selain itu Ashaari berkata, pihaknya difahamkan bahawa sebelum ini telah berlaku beberapa runtuhan kecil namun tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

"Difahamkan ada runtuhan dan pergerakan kecil. Malah kami dapati ada pokok yang condong dan dipotong... itu mungkin tanda-tanda berlaku tanah runtuh," katanya.

Mengulas lanjut mengenai kajian terperinci yang dijalankan JKR, beliau berkata satu mesyuarat khas akan diadakan petang ini bersama semua jabatan dan pakar berkaitan cerun dan tanah runtuh.

Menurutnya hasil kajian mengenai kejadian berkenaan hanya akan diketahui selewat-lewatnya dalam tempoh tiga bulan.

"Selepas ini kita akan buat cadangan sama ada cerun ini akan dibaiki ataupun dilandaikan.

"Tapi itu terpulang kepada kajian yang selewat-lewatnya mengambil masa tiga bulan, tapi mungkin kita akan percepatkan," katanya.

Sebelum itu menerusi taklimatnya, Ashaari berkata jarak kaki cerun ke bangunan rumah anak yatim tersebut ialah sejauh tujuh meter.

"Manakala sudut condong kecerunan adalah antara 75 hingga 80 darjah.

"Apa yang terjadi ialah berlakunya pergerakan tanah yang bergerak ke bawah dan menggelungsur di sepanjang permukaan planar yang relatif dan mempunyai sedikit gerakan putaran atau miring ke belakang," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan