Tragedi Tanah Runtuh Anak Yatim: Sultan Selangor Lawat Lokasi Kejadian

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat tiba meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat kira-kira pukul 10.40 pagi Isnin.

Baginda kemudiannya diberi taklimat oleh Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abd Rshid Abd Wahab berhubung tragedi yang meragut 16 nyawa pada Sabtu lalu.

Turut memberi taklimat ialah Pengarah Kanan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerjaraya (JKR), Datuk Ashaari Mohamad yang menerangkan mengenai struktur tanah dan keadaan cerun lokasi kejadian.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu, seramai 25 orang termasuk penghuni, penuntut, warden dan kakitangan rumah anak yatim berkenaan sedang menjalankan latihan persembahan nasyid di khemah yang dibina bersebelahan bangunan sebelum ditimbus tanah runtuh.

Bagaimanapun sembilan lagi mangsa yang turut tertimbus dalam runtuhan berkenaan berjaya diselamatkan.

Pada majlis yang sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah RM217,000 kepada 53 mangsa tanah runtuh dan rumah anak-anak yatim berkenaan.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM100,000 disalurkan kepada rumah anak yatim.

Selain itu waris kepada 16 mangsa yang terkorban menerima RM5,000 manakala RM1,000 seorang diberikan kepada 37 mangsa yang terselamat.

Dalam pada itu baginda turut berkenan menyampaikan bantuan daripada Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM80,000 kepada 16 waris mangsa yang terkorban.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan