Struktur Tanah Lemah Punca Tanah Runtuh - JKR

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan lebat luar biasa selama tiga hari mengakibatkan stuktur tanah menjadi lemah hingga membawa kepada berlakunya kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat pada Sabtu lepas yang mengorbankan 16 nyawa.

Pengarah Kanan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Ir Ashaari Mohamad berkata berdasarkan data taburan hujan yang diperoleh untuk tiga hari, sejumlah 29 milimeter (mm) hujan turun di kawasan itu pada Khamis, diikuti 41 mm pada hari berikutnya dan meningkat mendadak kepada 80 mm pada hari kejadian.

"Jumlah hujan yang turun pada hari kejadian adalah luar biasa sebab jumlah normal adalah sekitar 20 milimeter. Apabila hujan turun dan meresap ke dalam tanah ia telah menyebabkan struktur tanah menjadi lemah dan boleh runtuh pada bila-bila masa," katanya ketika menyampaikan taklimat pada majlis penyampaian sumbangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada mangsa tragedi tanah runtuh itu di Hulu Langat dekat sini, Isnin.

Ashaari berkata berdasarkan tinjauan pihaknya ke kawasan dan puncak cerun berhampiran tanah runtuh itu, terdapat lurah laluan air yang menuju ke kawasan runtuhan.

Selain itu, pokok-pokok yang ditebang di sekitar kawasan itu juga menyebabkan kawasan berkenaan menjadi laluan air apabila hujan.

"Tanah-tanah masih bergerak dan kalau ada hujan boleh menyebabkan tanah runtuh dan kita kategorikan kawasan ini sebagai tidak selamat," katanya.

Berdasarkan maklumat yang diterima, beliau berkata kedudukan antara cerun yang berketinggian 25 hingga 30 meter dengan bangunan rumah anak yatim itu juga terlalu hampir iaitu sekitar tujuh meter atau 25 kaki sahaja.

"Kita menganggarkan sejumlah 3,500 isipadu tanah atau bersamaan 600 buah lori, tanah yang runtuh dan menimpa rumah anak yatim berkenaan dengan ketinggian runtuhan empat meter dan lebar 54 meter," katanya.

Ashaari berkata cerun di kawasan rumah anak-anak yatim juga telah dipotong dan itu menyebabkan berlaku ketidakstabilan pada keadaan tanah.

"Jadi hari ini kami nak teliti balik keadaan tanah dan melihat bagaimana kami boleh baiki semula struktur tanah ini. Kami juga meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengawasi keadaan sekitar kawasan perumahan di kawasan ini kerana mereka juga terdedah kepada risiko sama," katanya.

Pada majlis itu, sejumlah RM217,000 sumbangan disalurkan Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor kepada 53 waris dan mangsa tragedi tanah runtuh itu dan rumah kebajikan berkenaan.

Setiap waris kepada 16 mangsa yang terkorban menerima RM5,000 setiap seorang manakala mangsa yang terselamat menerima sumbangan berjumlah RM1,000, sementara rumah anak yatim itu mendapat sumbangan RM100,000.

Selain itu kerajaan Selangor turut menyalurkan sumbangan RM5,000 kepada setiap waris. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan