RTM Bakal Diperbadankan Untuk Lebih Efisien - Rais

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) bakal diperbadankan dengan sebahagian perkhidmatannya mungkin diswastakan bagi membolehkan stesen penyiar rasmi kerajaan lebih efisien dan berdaya saing, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya cadangan itu telah dikemukakan kepada Majlis Ekonomi Negara bagi penstrukturan RTM sebagai persediaan menghadapi era penyiaran digital sepenuhnya menjelang 2015.

"Sebagai sebuah badan penyiar utama di negara ini, RTM harus menjalani beberapa metamofosis atau perubahan... supaya menjadikan ia lebih tangkas dalam menjalankan tugas untuk negara di samping memberi kepuasan kepada penonton, yakni rakyat," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau ditemui selepas merasmikan Pemukiman Transformasi RTM di Dewan Cendekiawan, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, Angkasapuri di sini, Isnin.

Pemukiman selama dua hari itu bertujuan mengenal pasti langkah yang lebih efektif dalam merekayasa pengisian kandungan di samping menentukan kaedah pemasaran dan promosi untuk meningkatkan rating rancangan dan pendapatan.

Rais berkata RTM juga akan bekerjasama dengan badan penyiar lain seperti rangkaian Media Prima dan Astro untuk memastikan produktiviti pemberitaan dan industri penyiaran tanah air setanding media luar negara.

Beliau berkata usaha itu bakal memanfaatkan sepenuhnya tenaga kerja RTM berjumlah 4,900 orang.

Berhubung langkah pendigitalan, Rais berkata kementerian akan berbincang dengan Astro dan Media Prima bagi menentukan dua stesen itu tidak terkecuali semasa latihan.

Sehubungan itu, Rais meminta petugas RTM supaya tidak bimbang dengan kedudukan mereka sekiranya stesen itu diperbadankan bagi memenuhi sistem penyiaran digital kerana kerajaan mempunyai kaedah tersendiri bagi memastikan suasana menang-menang.

"Kita tidak perlu gundah-gulana tentang sama ada seseorang itu dikeluarkan atau pun tidak, ada caranya. Tidak perlu kita nyatakan bahawa kita takut hilang kerja atau sebagainya.

"Tetapi yang penting sekarang ialah memperbadankan RTM supaya lebih efisien," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan