Polis Ambil Keterangan Saksi Berhubung Kejadian Tanah Runtuh

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan beberapa saksi dan pemilik Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Madrasah Hidayah Al-Taqwa, Hulu Langat berhubung kejadian tanah runtuh di rumah itu Sabtu lepas yang mengorbankan 16 nyawa.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata keterangan daripada pelbagai pihak adalah penting bagi membantu siasatan serta mengenal pasti punca berlakunya tragedi itu.

"Kita akan lihat sekiranya wujud kecuaian dan kelalaian dari mana-mana pihak sehingga berlakunya kejadian ini," katanya selepas melawat mangsa yang terselamat dalam tragedi tersebut di Hospital Ampang di sini, Isnin.

Enam mangsa yang terselamat dalam insiden itu kini ditempatkan di wad khas (bencana) hospital itu manakala tiga lagi di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Tun Hisan berkata fokus siasatan akan tertumpu kepada status tanah berkenaan yang dikatakan tanah pertanian dan untuk mengesahkan sama ada pembinaan rumah di tanah itu mendapat kebenaran ataupun tidak.

Beliau berkata polis sedang berbincang dengan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan agensi-agensi lain bagi mencari punca yang mengakibatkan tanah runtuh itu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan berkata rumah itu telah dibina lebih 10 tahun lepas dan ia merupakan tapak pertanian dan bendang.

Tun Hisan berkata kerja-kerja pembersihan tanah runtuh tidak dapat dilakukan pada ketika ini kerana masih berlaku pergerakan tanah di tempat kejadian.

Katanya polis masih berkawal di tempat kejadian bagi mengawasi harta benda yang tinggal di kawasan berkenaan.

Mengenai khabar angin kononnya rumah anak yatim itu ada mengamalkan ajaran sesat, Tun Hisan berkata khabar angin itu tidak betul. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan