PBT Digesa Sentiasa Periksa Struktur Lereng Bukit

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua pihak berkuasa tempatan digesa supaya sentiasa memantau dan memeriksa struktur bukit bagi memastikan bangunan yang terletak di lerengnya selamat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang membuat gesaan itu berkata setiap pembangunan di lereng bukit juga harus diberi perhatian khusus bagi menggelak berlaku kejadian bencana alam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian tanah runtuh di Bt 14 Hulu Langat semalam yang sehingga kini mengorbankan 16 nyawa penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

"Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dan semua yang terbabit. Saya juga berharap kejadian ini akan memberi iktibar kepadan kita supaya sentiasa berhati-hati dengan pembangunan yang melibatkan kawasan lereng bukit," katanya kepada wartawan selepas merasmikan sambutan Minggu Perpaduan 1Malaysia 2011 peringkat Wilayah Persekutuan di sini, Ahad.

Sementara itu, Koh berkata bagi menggalakkan penglibatan orang ramai dalam aktiviti Rukun Tetangga (RT) dengan lebih aktif, kerajaan menyediakan pelbagai galakan termasuk memberi cuti setengah hari kepada anggota RT dari golongan penjawat awam setelah mereka bertugas meronda pada malam sebelumnya.

Beliau yang juga Presiden Gerakan berkata setakat ini terdapat 2,246 unit Skim Rondaan Sukarelawan yang melibatkan penyertaan hampir 150,000 anggota RT di seluruh negara.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan