M'sia Di Tangga Ke-10 Negara Paling Tinggi Ambil Alkohol

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meletakkan Malaysia di tempat kesepuluh di dalam senarai pengambilan alkohol terbanyak dunia.

Statistik yang dikeluarkan pertubuhan tersebut menunjukan rakyat malayisa membelanjakan lebih dari RM1.5 bilion untuk minuman beralkohol dengan purata tujuh liter per kapita.

Pengambilan minuman bir di Malaysia pula adalah sebanyak 11 liter per kapita.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kie berkata, masalah pengambilan alkohol di negara ini adalah di tahap serius.

"Minuman keras bukan sahaja menyebabkan pelbagai masalah kesihatan malah mnyumbang kepada kenaikan jumlah kemalangan," kata beliau kepada wartawan selepas melancarkan seminar sebuah kedai buku dan seminar kesihatan bertajuk "Promote Healthy Lifestyle: Reduce Alcohol Harm" yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH).

Menurut beliau, kementeriannya melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia akan mengadakan satu kempen kesedaran tentang bahaya pengambilan alkohol.

Sebanyak sepuluh seminar akan diadakan di seluruh negara pada tahun ini dan akan dijalankan dalam bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil berhubung kempen itu.

Kempen tersebut juga akan disasarkan kepada komuniti berbangsa Cina dan India yang mempunyai kadar terbanyak menghadapi masalah penyalahgunaan alkohol.

"Masyarakat perlu sedar bahawa minuman keras bukanlah budaya kita dan alkohol noleh membawa padah jika disalahgunakan," tambah beliau.

Setiausaha Agung KLSCAH, Yong Yew Wei dalam ucapannya berkata, Majlis Keselamatan Jalan Raya menganggarkan sejumlah 30 peratus dari jumlah keseluruhan kemalangan jalan raya adalah disebabkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol dengan 38 peratus darinya menyebabkan kematian.

"Satu kajian juga menunjukkan jumlah ketidak hadiran ke tempat kerja di kalangan mereka yang ketagihan alkohol juga adalah 16 kali lebih tinggi dari yang lain," katanya.

Yong menambah, badan bukan kerajaan memainkan peranan penting dalam mempromosikan gaya hidup yang sihat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan