MD Baru IMF Dari Eropah, Kata Zeti

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menjangkakan Pengarah Urusan baharu Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) adalah dari Eropah.

Namun, beliau mahu melihat pemilihan berasaskan merit.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Pusat Antarabangsa untuk Kepimpinan dalam Kewangan (Malaysia), di sini Isnin, beliau berkata pengarah urusan baharu itu, yang akan memantau sistem kewangan dunia, mestilah seseorang yang bersedia untuk bekerja untuk kebaikan dunia.

Zeti mengetepikan dirinya untuk jawatan itu sambil berkata: "Saya akan terus berada di Malaysia.

"Tempoh perkhidmatan saya baharu sahaja dilanjutkan lima tahun lagi. Saya mahu memastikan peralihan Malaysia menjadi ekonomi maju." Mengenai siapa pilihan Malaysia untuk jawatan itu, Zeti berkata tidak ada perbincangan setakat ini mengenainya antara bank pusat dan Kementerian Kewangan.

"Kami tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan Kementerian Kewangan. Secara tradisinya ia calon Eropah dan besar kemungkinan ia akan terus diterajui tokoh dari Eropah." - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan