KPDNKK Jalin Kerjasama Dengan Kementerian Koperasi Indonesia Bulan Depan

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menjalin kerjasama dengan Kementerian Koperasi Indonesia pada 20 Jun ini, sebagai langkah permulaan ke arah memperluaskan perniagaan koperasi ke peringkat antarabangsa.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu antara usaha kementerian untuk memasarkan produk usahawan koperasi di negara-negara ASEAN selain mengurangkan barangan yang sama diimport dari negara itu.

"Kalau boleh kita ingin mempelbagaikan produk lain yang bukan berasaskan makanan atau minuman kerana Indonesia juga banyak mengeluarkan produk berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2011 selama tiga hari di Medan Tunku di sini, Isnin.

Ismail Sabri berkata kementerian juga sedang berbincang dengan usahawan Singapura kerana koperasi di negara itu tidak mengeluarkan produk sebaliknya mengimport daripada pihak luar.

"Saya sudah mencadangkan mereka mengimport terus dari Malaysia kerana barangan kita jauh lebih baik dan murah," katanya.

Beliau juga tidak berpuas hati dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) koperasi tempatan yang hanya menyumbang satu peratus sedangkan terdapat kira-kira 8,000 koperasi dengan tiga juta anggota yang aktif.

Sehubungan itu, koperasi diminta membuat gabungan dan menghasilkan pelbagai produk bermutu untuk kegunaan bersama penduduk di negara ini.

"Kita mahu (koperasi) mencapai sasaran sumbangan kepada KDNK sekurang-kurangnya lima peratus pada 2013," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan