Kerajaan Pusat Diberi Kepercayaan Anjur Pesta Kaamatan - Pairin

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KENINGAU: Kerajaan Persekutuan sebaiknya memberi kepercayaan kepada Kerajaan Sabah untuk menganjurkan perayaan Pesta Kaamatan peringkat kebangsaan, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata kejayaan penganjuran Pesta Kaamatan di setiap kemuncak perayaan itu yang disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun harus diangkat serta diiktiraf sebagai Pesta Kaamatan peringkat nasional.

"Kita berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana telah mengiktiraf Pesta Kaamatan sebagai perayaan nasional, dan telah diadakan beberapa kali Rumah Terbuka Pesta Kaamatan kebangsaan, cuma ia diadakan secara berasingan," katanya ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan peringkat daerah Keningau di Arked Pekan Keningau.

Pairin, yang juga Huguan Siou (pemimpin agung masyarakat Kadazandusun dan Murut), menyambut baik cadangan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak agar kerajaan Pusat mengiktiraf Pesta Kaamatan peringkat negeri yang disambut pada 31 Mei setiap tahun, sebagai perayaan peringkat kebangsaan.

"Cadangan kita adalah supaya program rumah terbuka (kebangsaan) itu diadakan dalam masa yang sama dengan sambutan yang sedia ada sekarang ini yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri pada 30 dan 31 Mei setiap tahun," katanya.

Pairin, yang juga Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), mencadangkan agar sambutan kemuncak perayaan Pesta Kaamatan pada 31 Mei yang mana acara penutupannya dilakukan sendiri oleh Yang Dipertua Negeri Sabah diangkat sebagai perayaan di peringkat yang lebih tinggi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan