JPA Perlu Dedah Senarai Penerima Biasiswa

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta mendedahkan senarai para pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran masing-masing bagi mewujudkan ketelusan dalam penawaran biasiswa itu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, langkah itu dapat meredakan rasa tidak puas mereka yang layak tetapi tidak mendapat biasiswa atau ditawarkan peluang belajar yang berlainan daripada apa yang dipohon.

Katanya, kemelut pemberian biasiswa JPA kini bukan berkisar kepada kuota tetapi kaedah pemilihan calon yang layak untuk menerimanya.

"Jika dulu, mereka yang berjaya atau gagal mendapatkan biasiswa hanya mampu mendiamkan diri.

"Sekarang mereka meluahkan isi hati mereka di laman sosial seperti Facebook yang diakses oleh banyak pihak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili kementerian menerima koleksi siri dokumentari sejarah dan kebudayaan Cina Malaysia daripada Astro di sini, Isnin.

Koleksi cakera padat digital (DVD) terbitan Astro sebanyak lima siri tersebut akan diedarkan ke kira-kira 2,400 sekolah di seluruh negara.

Koleksi tersebut terdiri daripada Malaysia, My Home (2005); Malaysia, My Home II (2006); My Roots (2007); My New Village Stories (2009) dan Malaysia - My Home - Story of Sabah and Sarawak (2010).

Sekolah-sekolah tersebut ialah 1,105 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), 1,292 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), 78 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan 60 sekolah-sekolah persendirian Cina yang lain.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi, Astro, Henry Tan; wakil-wakil dari Kesatuan Kebangsaan Pengetua Sekolah, Majlis Pengetua-Pengetua SMJK, Penolong Pengarah Bahasa Cina (SMK) dan Dong Zong.

Sehubungan itu, Wee yang juga Ketua Pemuda MCA berkata, pihaknya sedang memproses rayuan diterima daripada para pelajar.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas itu membidas dakwaan Wee kononnya JPA tidak mematuhi kriteria pemilihan pelajar ke luar negara kerana ada pelajar yang mendapat keputusan lebih baik daripada 9A+ tidak terpilih.

Mengenai perkara itu, Wee berkata, beliau hanya menjalankan kewajipannya untuk membantu para pelajar terbabit.

"Sekiranya saya dimarah dapat membantu menyelesaikan masalah, saya rela dimarah," katanya.

Sementara itu, Wee memberitahu, koleksi DVD terbitan Astro itu sesuai digunakan untuk melengkapi pengajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan