Lebih Banyak Sekolah Dibina Di Kuala Lumpur

Diterbitkan: Ahad, 22 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih banyak sekolah bakal dibangunkan di kawasan Kuala Lumpur bagi menampung kepadatan murid dalam sesebuah sekolah, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dengan Kementerian Pelajaran termasuk membina lebih banyak sekolah di kawasan Lembah Pantai.

"Saya tidak boleh umumkan lagi...hanya Menteri Pelajaran (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang boleh umumkan secara rasmi.

"Beliau dijadualkan melawat Lembah Pantai pada 5 Jun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Alumni dan Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Bangsar di sini, malam Sabtu.

Raja Nong Chik yang juga Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai berkata bantuan pendidikan di kawasan Lembah Pantai akan disalurkan bagi memberi kemudahan kepada sekolah dan murid-murid untuk menuntut ilmu.

Majlis Alumni 1961 hingga 2011 dan sambutan Jubli Emas itu menghimpunkan kira-kira 4,000 bekas guru dan pelajar SK Bangsar. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan