Kumpulan Fokus Penyediaan Bajet Akan Bincang Masalah Inflasi - Husni

Diterbitkan: Ahad, 22 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kumpulan Fokus penyediaan bajet 2012, yang akan mula bermesyuarat 31 Mei ini, akan turut membincangkan mengenai usaha menangani inflasi, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata kerajaan memandang berat masalah inflasi dan kesannya terhadap rakyat, dan oleh itu mahu mendapatkan input daripada pelbagai pihak sebelum melaksanakan usaha membantu rakyat menghadapinya.

Katanya kumpulan fokus yang terdiri daripada wakil sektor awam dan swasta itu akan turut dianggotai wakil persatuan-persatuan pengguna, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu profesional yang boleh menyumbang pelbagai input.

"Buat masa ini, kita masih belum mendapat butiran...kita tunggu sebab mesyuarat belum bermula," katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan Hari Guru Parlimen Tambun di sini.

Ahmad Husni yang juga Anggota Parlimen Tambun, berkata inflasi merupakan isu global yang berpunca daripada banyak sebab, termasuk kenaikan harga makanan dan minyak ekoran ketidakstabilan politik di Timur Tengah, rantau pengeluar utama bahan berkenaan.

"Peningkatan penduduk dunia tahun ini adalah sekitar empat peratus manakala pertumbuhan tanamam makanan pula dua peratus."

"Ini disebabkan peningkatan pelaburan dalam industri lain dan menyebabkan kekurangan pertumbuhan makanan dan yang ketiganya, faktor cuaca yang mempengaruhi sektor tanaman dunia," katanya.

Ahmad Husni berkata sebagai contoh, India ialah pembekal utama bawang merah dan disebabkan banjir yang melanda negara itu, bekalan bahan itu terputus dan harga melambung naik, termasuk di Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan