Kerajaan Selangor Beri Bantuan Segera Kepada Mangsa

Diterbitkan: Ahad, 22 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri malam ini mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Felda Semungkis, Hulu Langat.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar, kerajaan negeri telah menghantar Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor serta Yayasan Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera kepada mangsa yang terselamat dan anggota keluarga mereka.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan membiayai kos keperluan untuk mereka yang selamat dalam bencana alam itu serta petugas yang bertungkus lumus menjalankan misi mencari dan menyelamat di samping menyumbangkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang terkorban.

Selain itu, Khalid telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memastikan kebajikan mereka yang terselamat dijaga.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Selangor juga menyediakan penempatan sementara kepada penghuni madrasah dan anggota keluarga mereka yang terlibat di Azwin Resort sehingga misi mencari dan menyelamat mangsa selesai dijalankan, katanya.

Khalid menasihatkan keluarga mangsa terlibat supaya bersabar dan redha dengan kejadian ini.

"Semoga roh mangsa yang terkorban ditempatkan bersama orang beriman. Al-Fatihah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan