Shahrizat Sedih Sekumpulan Kanak-Kanak Tertimbus Dalam Kejadian Tanah Runtuh

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terkejut dan sedih sebaik dimaklumkan kira-kira 24 anak yatim, warden dan petugas Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini, Sabtu.

"Saya baru dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku ke atas sebuah rumah anak yatim di Hulu Langat, satu kejadian yang amat menyayat hati. Saya difahamkan anak-anak yatim tersebut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu," katanya.

Setakat pukul 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.

Shahrizat, yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Masjid Tanah dekat sini.

Beliau mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Skuad Sayang Pergerakan Wanita Umno segera menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak dan keluarga terbabit dalam kejadian tanah runtuh yang dikatakan berlaku pukul 2.30 petang.

"Saya akan berhubung dengan pihak polis untuk mendapatkan laporan terperinci dan punca sebenar kejadian itu, dan bagaimana kementerian saya dapat membantu dan mengambil tindakan seterusnya," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Shahrizat berkata pengusaha rumah kebajikan mestilah mematuhi undang-undang yang ditetapkan terutama daripada aspek keselamatan.

"Saya berharap rumah itu tidak dibina tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan