Pemuda Umno & Perkasa Berhimpun Pertahan Utusan Di Hadapan Ibu Pejabat Akhbar Itu

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid menyampaikan memorandum sokongan terhadap ahkbar Utusan Malaysia kepada Penolong Ketua Pengarang II Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid. foto TheStar Oleh RAJA FAISAL HISHAN
Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid menyampaikan memorandum sokongan terhadap ahkbar Utusan Malaysia kepada Penolong Ketua Pengarang II Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid. foto TheStar Oleh RAJA FAISAL HISHAN

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 penyokong Pemuda Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) meneruskan perarakan menyokong akhbar Utusan Malaysia di hadapan Ibu Pejabat akhbar tersebut walaupun tanpa kehadiran kumpulan ingin memprotes iaitu Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Perkasa yang diketuai Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali menyerahkan memorandum menyokong akhbar tersebut kepada Penolong Ketua Pengarang II Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid kira-kira pukul 2.30 petang Jumaat.

Sementara Pemuda Umno yang diketuai Penolong Setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid menyerahkan memorandum sokongan merekakepada individu yang sama 10 minit kemudian.

Suasana hujan renyai-renyai tidak memaksa penyokong kedua-dua pertubuhan berkenaan untuk berganjak daripada berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Utusan Melayu itu yang terletak di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin dekat sini.

Ketika ditemui media selepas menyerahkan memorandum berkenaan Megat Firdouz berkata, Utusan sebagai akhbar berbahasa Melayu tertua di negara ini telah memainkan peranannya bukan sahaja bagi melaporkan berita malah dijadikan input pendidikan.

"Pemuda Umno akan mempertahankan Utusan, kami tak akan biarkan akhbar ini dipermain-mainkan oleh golongan muda yang buta sejarah.

"Utusan sebuah akhbar yang mempunyai input pendidikan...tidak seperti Suara Keadilan yang hanya tahu berpolitik dan membuat fitnah," katanya.

Sebelum ini, AMK yang diketuai ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dijadual mengadakan demonstrasi di tempat sama untuk memprotes laporan dan propaganda Utusan Malaysia ke atas beberapa isu berkaitan pembangkang sejak akhir-akhir ini.

Tindakan AMK itu telah mengundang reaksi daripada Perkasa dan Pemuda Umno untuk turut hadir bagi mempertahankan pendirian akhbar Kumpulan Utusan itu.

Bagaimanapun AMK telah membatalkan hasrat mereka awal pagi tadi.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Megat Firdouz berkata pihaknya tidak akan membiarkan kumpulan pembangkang itu berterusan bertindak melakukan kekecohan.

"Budaya biadab tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, mereka sudah buat kecoh di masjid, di mahkamah...sekarang di pejabat Utusan pula, kami tidak akan biarkan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan