PAS Gagal Tunai Janji Beri RM100 Kepada Setiap Warga Tua - Mustapa Mohamed

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan PAS Kelantan gagal menunaikan janjinya untuk memberi RM100 kepada setiap individu berusia 55 tahun ke atas.

Beliau berkata janji itu pernah dibuat oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Pilihan Raya Umum 1990, namun sehingga kini, tidak seorangpun menerimanya.

"Setelah menang dan sehingga 20 tahun memerintah Kelantan janji untuk membayar RM100 kepada setiap rakyat Kelantan berusia 55 tahun ke atas belum ditunaikan.

"Apakah jenis janji ini," katanya ketika berucap pada persidangan Umno bahagian Bachok hari ini, yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata situasi janji tidak tertunai itu sudah sinonim dengan kerajaan PAS Kelantan yang hanya pandai menabur kata-kata bagi memikat hati rakyat ketika pilihan raya, namun tidak mampu melaksanakannya setelah kekal memerintah negeri tersebut.

Beliau berkata ia bukan bukti pertama kerajaan PAS Kelantan gagal melaksanakan janji mereka, malah terdapat banyak janji yang belum ditunaikan, sekaligus memperlihatkannya sebagai sebuah parti "belawok" atau menipu.

"Kita lihat PAS berjanji kepada para peniaga pada Pilihan Raya Umum 2008. Mereka berjanji akan berikan tempat selesa dengan harga RM40,000 setiap lot kedai, tetapi kini lot kedai itu dijual dengan harga RM63,000 dan keadaan kurang selesa," katanya.

Mustapa berkata kerajaan PAS juga berjanji untuk memberi tanah kepada rakyat, namun apa yang berlaku ialah banyak tanah di Hulu Kelantan diambil dan diserah kepada syarikat asing bagi membangunkan ladang rakyat.

"Buktinya pada 27 April lepas, tiga lelaki kaum Orang Asli Temiar memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kota Baharu supaya menghalang kerajaan PAS Kelantan daripada meluluskan tanah di Pos Belatim, Gua Musang kepada Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan untuk projek Ladang Rakyat," katanya.

Justeru, beliau berkata Gelombang Merah perlu memainkan peranan bagi menonjolkan kepada rakyat mengenai kelemahan kerajaan PAS kelantan yang gagal menunaikan janji, selain mempunyai banyak kelemahan lain. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan