Najib - PM Yang 'Winnable', Kata Salleh

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri 'winnable' yang mampu memacu negara ke arah mencapai status negara maju.

Justeru itu, beliau yakin rakyat akan memberi sokongan kepada Najib untuk meneruskan tampuk kepimpinan negara berbanding Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

"Saya percaya Malaysia dalam keadaan selamat di bawah kepimpinan Najib. Oleh sebab itu, kita perlu memberi Perdana Menteri mandat besar dalam pilihan raya umum bagi menghadapi cabaran ekonomi," katanya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Kota Belud di sini Sabtu.

Salleh berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod pencapaian yang jauh lebih baik berbanding pembangkang yang mempunyai ideologi dan perjuangan yang berbeza.

Beliau mengingatkan anggota UMNO supaya jangan leka dan bangga dengan kekuatan undi atau pencapaian mereka tetapi sebaliknya memberi tumpuan dalam memperjuangkan nasib rakyat.

"Isu-isu negara boleh mengubah aliran sokongan dan sebab itu kita tidak boleh leka dengan pencapaian kita. Landskap politik telah banyak berubah dan pemikiran pengundi boleh berubah mengikut keadaan," katanya.

Beliau juga menegur beberapa pemimpin dan anggota parti yang bersikap angkuh sehingga menyebabkan anggota parti hilang minat dan lompat ke parti lain.

Salleh meminta semua anggota parti supaya turun ke padang dan mendekati rakyat serta komited kepada perjuangan parti. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan