Muhyiddin: Elak Perkara Yang Boleh Melemahkan Parti

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pemimpin dan anggota Umno mengelakkan perkara yang boleh melemahkan parti agar tumpuan sepenuhnya dapat diberikan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata jika setiap anggota parti faham tentang matlamat dan perjuangan sebenar parti dan tahu cabaran yang bakal dihadapi dalam pilihan raya umum akan datang, isu-isu yang menjejaskan keharmonian parti seharusnya dielakkan.

"Kita nak hal-hal sebegini diatasi...kerana apabila sampai pilihan raya umum, kita tumpu sepenuhnya untuk menghadapi parti lawan yang juga musuh kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kemaman di sini, Sabtu.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan Ketua Umno Bahagian Kemaman dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Belia dan Sukan.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno yakin pimpinan di peringkat negeri mampu menyelesaikan sebarang masalah yang tidak melibatkan peraturan parti yang hanya boleh ditangani pengurusan tertinggi parti.

"Itu biasalah, bukan dalam Umno sahaja, semua parti politik hadapi masalah. Dalam sejarah (Umno) ada (masalah) tapi tidaklah besar."

Muhyiddin berkata parti secara terbuka mengakui adanya masalah dalam parti kerana mahu semua pihak bersama-sama menyelesaikannya.

"Kita tak nak pendamkan dan kata okey, itu tipu diri sendiri, lebih baik kita akui dan selesaikan. Kalau tanya macamana semua, okey, jawab okey tapi kalau turun ke bawah kita KO, kita terima laporan dari banyak sumber," katanya.

Beliau berkata jumlah bahagian yang bermasalah tidak banyak sehingga memerlukan campurtangan peringkat tertinggi parti, termasuk juga di peringkat sayap Wanita, Putera dan Puteri.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau menyampaikan amanat Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan apabila sudah ada kesedaran dan keikhlasan pemipin dan anggota parti Umno untuk kembali bersatu.

"Untuk menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum nanti, setiap peringkat dalam Umno perlu bersatu dan teguh bagi menghadapi parti lawan," katanya.

Muhyiddin juga mengingatkan anggota Umno pilihan raya umum ke-13 nanti mungkin yang paling sengit dalam sejarah.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan