Mahathir Beri Respons Baik Terhadap Rawatan

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad terus memberi respons yang baik terhadap rawatan dan fisioterapi yang dijalaninya di Institut Jantung Negara (IJN), kata Pegawai Khasnya Sufi Yusoff.

Bekas Perdana Menteri juga mempunyai selera makan yang bertambah baik dan doktor gembira dengan kadar respons terhadap rawatan berkenaan, menurut Sufi.

"Dr Mahathir akan terus menerima rawatan antibiotik intravena dan fisioterapi dada dan beliau juga menjalani senaman rutin seperti berjalan di sekitar wad sejak semalam," katanya melalui e-mel kepada Bernama di sini hari ini.

Sufi berkata bekas Perdana Menteri akan terus menerima rawatan di IJN bagi membolehkan doktor meneliti perkembangannya dan pelawat hanya terhad kepada anggota keluarga terdekat sahaja.

Sementara itu, beliau berkata Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut mengucapkan rasa terhutang budi dan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan supaya beliau cepat sembuh.

Negarawan berusia 86 tahun itu dimasukkan ke IJN pada Rabu lepas kerana jangkitan pada dada setelah mengalami batuk dan demam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan