Kerajaan Mesir Belum Beri Kebenaran Berlabuh Di Pelabuhan El-Arish

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

EL-ARISH (Mesir): Misi bantuan kemanusiaan ke Gaza belum dapat diteruskan berikutan pihak berkuasa Mesir masih tidak memberikan kebenaran untuk kapal MV Finch berlabuh sementara di pelabuhan El-Arish, walaupun selepas rundingan di antara kerajaan Malaysia dan Mesir.

Berita yang mengecewakan semua individu di dalam kapal kargo itu diterima kira-kira 1.00 tengah hari waktu tempatan Sabtu.

Anggota Lembaga Amanah Perdana Global Peace Foundation (PGPF) Tan Sri Samsuddin Hitam telah memaklumkan kepada mereka bahawa berlaku rundingan di antara Menteri Luar Malaysia dan Mesir menerusi perbualan telefon awal pagi ini.

Namun, keputusan perbincangan sudah dapat dihidu oleh peserta misi itu di mana kebenaran tidak diperolehi dan perbincangan selanjutnya akan dilakukan apabila kedua-dua menteri itu akan bertemu pada mesyuarat Gerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Jakarta dua hari lagi.

"Tak mungkin...siapa yang sangka kenapa kebenaran berlabuh sukar diperolehi walaupun terdapat perbincangan antara kedua-dua kerajaan di peringkat tertinggi ini.

"Tidak mustahil rejim Zionis Israel turut memainkan peranan dalam melambatkan atau langsung tidak memberi kebenaran berlabuh memandangkan mereka mengawal kemasukan barang ke Gaza dari mana-mana pihak sama ada menerusi jalan darat, jalan laut, sempadan dan juga pelabuhan," katanya.

Berikutan itu, kapal kargo MV Finch akan terus terdampar di tengah perairan untuk suatu tempoh dan esok, genap enam hari kapal itu berada di perairan berkenaan.

Setakat ini, kesemua tujuh individu di dalam kapal itu berada dalam keadaan sihat dan terus bertahan tingga dalam kapal itu.

Sementara itu, ketua misi itu Matthias Chang meneruskan mogok lapar bagi hari kedua hari ini sebagai membantah kelewatan kebenaran yang diperolehi.

"Saya memohon kesemua rakyat Malaysia supaya terus memberi sokongan kepada kami dan memberikan tekanan kepada kerajaan Mesir.

"Anak saya, Chris, telah membuat khemah di luar Kedutaan Mesir di Malaysia dengan membawa poster dan kemudian dihalau kerana ada yang datang bagi sokongan," katanya.

Keadaan bekalan air bersih di kapal berada di tahap kritikal apabila hanya tinggal satu tan sahaja walaupun situsi terdampar di tengah laut ini dijangka berlarutan sehingga 10 hari lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan