Kerajaan Cuba Cari Penyelesaian Terbaik Untuk Atasi Inflasi

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Kerajaan akan berusaha mencari penyelesaian yang akan memberi kemenangan kepada semua pihak dalam menangani inflasi, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata tiga kenaikan besar -- makanan, minyak dan rumah -- telah menyebabkan kepada keadaan kenaikan inflasi pada masa ini dan kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk meringankan beban rakyat.

"Salah satu ialah pelancaran Skim Rumah Pertamaku yang bertujuan menyediakan kediaman berkualiti mampu milik untuk pembeli kali pertama," kata beliau kepada pemberita pada majlis mengalu-alukan lawatan persinggahan pertama syarikat kapal kontena terbesar dunia China Shipping Container Line, CSCL Venus, di sini Sabtu.

Lim berkata mengekalkan harga akan membuat para pengguna gembira, tetapi sebaliknya pula, kerajaan akan berhadapan dengan masalah mengekalkan akaunnya.

"Jika kerajaan tidak menaikkan harga RON95 dan lain-lain, ia akan menyaksikan sejumlah RM10 bilion subsidi lagi, kata Lim.

Beliau berkata jika kerajaan menaikkan harga, pengguna pula merasakan sukar untuk meneruskan hidup.

"Jadi, sukar untuk mendapatkan keseimbangannya," kata beliau.

Lim berkata kerajaan, pengguna dan sektor swasta perlu lebih berhemat dalam perbelanjaan dalam berhadapan dengan kenaikan inflasi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan