Kenaikan Harga Ron95: Rakyat Diminta Tunggu Pengumuman Kerajaan

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Yaakob meminta rakyat menunggu pengumuman rasmi kerajaan berhubung penyelarasan harga minyak, yang akan dibuat tidak lama lagi.

Beliau berkata rakyat tidak sepatutnya terpengaruh dengan dakyah pembangkang bahawa harga RON95 akan naik dalam masa terdekat.

"Saya sentiasa maklumkan bahawa rasionalisasi subsidi akan kita buat pada hujung bulan ini, atau awal bulan depan, jadi jangan nak tuduh kerajaan itu ini sebab kita belum lagi naikkan apa-apa harga.

"Jadi, saya minta rakyat tunggu dulu, kalau nak kata kerajaan tidak bertanggungjawab dari segi jaga kepentingan rakyat, sekarang ini subsidi untuk seluruh bahan petrol dan makanan meningkat sampai RM20.58 bilion kita tanggung, jadi macam mana boleh kata kerajaan tak ambil berat," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Ismail Sabri juga meminta pihak berkenaan agar menghentikan semua pembohongan dan spekulasi berhubung kenaikan harga minyak kerana ia jelas bermotifkan politik.

Beliau berkata perkara itu turut disebarkan di laman sosial seperti Facebook iaitu kononnya kerajaan akan menaikkan harga RON95 sebanyak 30 sen selepas pukul 12 malam tadi, dan ia mencetuskan kekecohan di kalangan orang ramai.

"Janganlah kita percaya spekulasi itu, sabar dulu dan tunggu hingga Jun nanti, di mana kalau ada kenaikan harga, baru kita boleh beri komen dan sebagainya, dan setakat ini, perkara itu masih dalam tindakan," katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan mengambil kira semua faktor, termasuk kadar inflasi dan beban rakyat, ketika mengkaji rasionalisasi subsidi penyelarasan harga minyak.

"Kita masih tengok dari segi pro dan kontra, namun saya tidak boleh beri jaminan bahawa harga minyak akan kekal selamanya, kerana bukan kuasa saya untuk beri jaminan seperti itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan