Kementerian Pertahanan Beri Mandat Anak Syarikat NADI Buat Raifal Tempur

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Kementerian Pertahanan telah memberi mandat kepada anak syarikat National Aerospace Defence Industries (NADI) syarikat yang berkepentingan nasional untuk bekerjasama dengan negara Asean mengeluarkan raifal tempur Colt M4 Carbine.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata syarikat itu akan bekerjasama dengan Colt, iaitu syarikat yang mengeluarkan raifal M4 bagi menggantikan M16.

"Semasa saya di Jakarta, saya telah mengemukakan gagasan Kolaborasi Industri Pertahanan Asean (ADIC) iaitu kerjasama membangunkan industri pertahanan seluruh negara Asean.

"Sepuluh negara Asean telah bersetuju dan kita mulakan dengan tiga negara iaitu Thailand, Malaysia dan Indonesia. Tiga negara ini sebagai negara yang berada dalam hab pertama yang mempunyai industri pertahanan, kita ingin kukuhkan industri ini," katanya.

Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM) kelima, yang berlangsung di Jakarta, pada Khamis lepas menerima pakai kertas konsep berhubung penubuhan ADIC, yang disediakan Malaysia.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, berkata demikian ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Dungun di sini hari ini. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Dungun Datuk Dr Rosli Mat Hassan.

Ahmad Zahid berkata kontrak sebanyak RM700 juta telah diperoleh syarikat berkenaan untuk pembinaan teknologi, di mana 85 peratus daripada komponen membuat M4 adalah daripada komponen industri tempatan.

"Ertinya daripada segi teknologi dan peralatan utama saja yang kita guna dari Amerika Syarikat dan Syarikat Colt memberi hak penjualan M4 untuk seluruh negara Asean.

"Saya memberi peluang untuk rakan-rakan di negara Asean berkongsi pengeluaran, walaupun M4 ini dikeluarkan di Malaysia, tetapi komponennya dikeluarkan oleh negara-negara Asean. Ini ertinya sebagai produk negara-negara Asean," katanya.

Mengenai Umno, Dr Ahmad Zahid berkata Terengganu berjaya mengatasi ujian ketika susah suatu waktu dahulu, tetapi ada negeri-negeri yang masih susah lagi, dan tidak tahan dengan ujian.

"Bagaimanapun kita mesti ada daya tahan, daya juang dan daya saing sama ada kita diuji ketika susah dan ketika senang, barulah Umno atau Barisan Nasional relevan dengan khalayak dan situasi semasa," kataya.

Katanya Umno harus menyesuaikan kaedah dan pendekatan kepada kumpulan mengikut situasi dan kehendak parti supaya ia diterima.

Mengenai 26 'mat rempit' yang memasuki sebuah kem askar di Jalan Tambun, Ipoh, minggu lalu, beliau berkata itu sesuatu yang tidak disengajakan.

"Saya fikir mereka hendak berseronok-seronok, tetapi telah tersalah langkah, masuk ke kawasan keselamatan. Jadi mereka harus membayar harga yang tinggi kerana mereka (berani) mengambil risiko akibat perbuatan itu," katanya.

Ahmad Zahid berkata kementerian akan memohon peruntukan tambahan lebih besar untuk memperkuatkan lagi sistem keselamatan di kem-kem askar di seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan