Dua Elemen Baru Dalam Program Juara Rakyat Untuk Hadapi PRU-13

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Umno akan menerapkan dua elemen baru dalam fasa kedua program Juara Rakyat bermula Jun ini untuk mengukuhkan kesepaduan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka lebih getir.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata elemen itu ialah ceramah yang menyentuh isu-isu semasa dan penglibatan semua parti-parti komponen BN.

Katanya ingatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa PRU-13 dijangka getir bagi BN dan tidak seperti PRU terdahulu berikutan parti-parti lawan bertambah agresif, tepat pada masanya.

"Perubahan yang dibuat dalam program Juara Rakyat kali ini mengandungi unsur-unsur untuk menghadapi situasi getir tersebut supaya penyokong BN tidak goyah," kata Ahmad kepada pemberita selepas menerima borang permohonan menyertai Umno daripada 71 penduduk Taman Arif/Kemuning di sini, malam Jumaat.

Katanya surat arahan daripada beliau bagi penganjuran program itu akan diedarkan kepada semua ketua bahagian dalam tempoh seminggu dari sekarang.

"Selepas menerima surat, saya mahu setiap bahagian menganjurkannya dengan pelbagai tema supaya Umno dilihat bergerak di seluruh negara," katanya dan menambah ibu pejabat parti akan membantu menjayakan program daripada segi kewangan.

Mengenai ingatan Timbalan Perdana Menteri supaya tiada lagi pertelagahan di bahagian, Ahmad berkata ingatan itu sangat wajar supaya semua pihak segera menyelesaikan pertelingkahan sekiranya masih belum selesai.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyamakan perkara itu dengan 'cah keting' yang menjadi punca BN tewas di lima negeri pada PRU-12 yang lepas.

"Maaflah...perkara ini berlaku di Kedah dan tidak terkecuali Kelantan. Di Manik Urai (pilihan raya kecil 2009), kita kalah 65 undi sahaja kerana 300 ahli Umno yang tidak setuju dengan pemilihan calon tidak keluar mengundi.

"Perbuatan jatuh-menjatuhkan seperti ini tidak boleh berlaku lagi dalam Umno. Jadikan kekalahan (PRU) 2008 pengalaman pahit yang sangat berharga," katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyatakan perkara-perkara baru yang dilaksanakan pakatan pembangkang sejak memerintah Kedah.

"Saya tidak lihat langsung perkara baru, inisiatif, pelaburan atau idea baru atas daya usaha mereka. Nampaknya Kedah macam berundur ke belakang dan boleh hancur sebab tiada kemajuan."

Katanya bukti jelas ketidakmampuan kerajaan PAS Kedah mencari wang apabila kerajaan negeri terpaksa menarik balik rebat cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM).- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan