Bersabar, Kata Muhyiddin Kepada Guru Tak Naik Pangkat

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALING: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kumpulan guru lepasan diploma yang tidak terlibat dengan kenaikan gred atau pangkat pada 1 Januari tahun depan supaya bersabar kerana perbincangan mengenai perkara itu masih berjalan.

Timbalan Perdana Menteri berkata masih terdapat keperluan dan kemungkinan dalam beberapa kes untuk diberi pertimbangan dan beliau yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak lebih tahu kedudukan perkara itu.

Muhyiddin, yang Menteri Pelajaran, ditanya pemberita mengenai pengumuman Perdana Menteri sempena Hari Guru 16 Mei lepas mengenai kenaikan pangkat dan gred guru tertentu dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah warga pendidik.

"Saya sedar mengenai perkara ini (tidak puas hati) kerana ramai menghantar SMS. Saya akan bincang dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Pelajaran untuk mencari jalan memenuhi tuntutan kesatuan-kesatuan guru.

"Kerana bilangan mereka ramai, dalam apa jua keadaan kita kena ambil kira keupayaan kerajaan. Dalam situasi sekarang kita hendak jimat belanja dan mengurangkan defisit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Pejabat Pendidikan Baling/Sik berharga RM4.3 juta di sini, Jumaat.

Muhyiddin berkata kerajaan turut mengambil kira kemampuannya untuk menanggung kos-kos tambahan akibat kenaikan gaji dan elaun.

"Kita masih ada masa enam bulan. Dalam tempoh itu kita tidak tahu apa akan berlaku...apa ada dalam fikiran Perdana Menteripun saya tidak tahu tetapi yakin Perdana Menteri tahu situasi perkhidmatan awam dan kos hidup yang tinggi.

"Bila sampai masa mungkin dia akan tokok. Jadi kita kena bersabarlah," kata Muhyiddin.

Mengenai pendidikan, beliau berkata strategi kerajaan adalah untuk mengecilkan jurang antara sekolah di bandar dan luar bandar supaya pencapaian pelajar tidak terlalu ketara.

Katanya antara langkah yang diambil kementerian ialah meningkatkan infrastruktur dan kualiti sekolah luar bandar selain menambah peruntukan pembangunan dan pengurusan.

Muhyiddin berkata guru yang dihantar ke luar bandar setanding dengan guru di bandar namun masalah dan cabaran di luar bandar tidak sama umpamanya dalam soal kehidupan, tempat tinggal, pengangkutan dan kebajikan.

"Perkara ini memberi kesan kepada mutu pembelajaran dan pengajaran," katanya.

Muhyiddin berkata kementerian akan mengenal pasti mengikut keutamaan sekolah yang perlu dibantu seperti yang daif dan jauh di pedalaman.

Sebelum itu ketika berucap beliau berkata pencapaian bidang pendidikan meningkat dengan ketara dalam tempoh dua tahun lepas sejak kerajaan melaksanakan bidang keberhasilan utama negara (NKRA).

"Kerajaan tidak berkompromi dalam soal pendidikan dan sebab itu lebih 26 peratus dari belanjawan negara diperuntukkan untuk sektor ini," kata Muhyiddin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan