Pendaftar: PKR Diminta Jawab Notis

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada Khamis mempertahankan tindakan mengeluarkan notis tunjuk sebab pembatalan pertubuhan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pendaftar Pertubuhan, Datuk Abdul rahman Othman berkata, tindakan susulan berhubung notis berkenaan hanya akan diambil selepas pihaknya menerima jawapan bertulis daripada parti itu.

"Tindakan kita ikut prosedur, kalau ada apa-apa pertikaian, parti itu hanya perlu jawab notis berkenaan.

"Mereka diberi peluang untuk memberi penjelasan mengenai kedudukan sebenar," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Beliau menegaskan PKR hanya perlu menjawab notis berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan seperti yang diarahkan pihaknya.

"Kita minta mereka jawab, jadi mereka hanya perlu jawab surat berkenaan dengan penjelasan dan bukti di pihak mereka... itu sahaja," katanya.

Ditanya dakwaan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail bahawa ROS berniat jahat kerana menggunakan fasal undang-undang yang salah serta tidak wujud dalam Perlembagaan parti itu, Abdul Rahman berkata perkara itu terpulang kepada tafsiran parti itu.

"Terpulang kepada mereka, kita akan dapat tahu kedudukan sebenar selepas melihat sendiri surat jawapan mereka nanti," katanya.

Pada 9 Mei lalu, berdasarkan Seksyen 13(2) Kenyataan Sebelum Pendaftaran Dibatalkan, Akta Pertubuhan 1966, ROS mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada PKR kerana dikatakan dengan sengaja melanggar peruntukan undang-undang berdaftar pertubuhan.

Menerusi maklumat ROS, PKR dengan sengaja melanggar Fasal 32.2.1 Undang-undang Berdaftar Parti kerana memecat keahlian Rajagopal Andaikkalam pada 1 dan 27 April 2009 tanpa terlebih dahulu disoal siasat dan dibicarakan oleh Lembaga Disiplin.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan