Pemimpin, Anggota Umno Kena Ambil Pendekatan Baru Menangi Hati Rakyat - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Pemimpin dan anggota Umno terutama di peringkat akar umbi perlu mengambil pendekatan baru untuk memenangi hati rakyat kerana pemikiran masyarakat hari ini sudah banyak berubah.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata situasi politik selepas pilihan raya umum 2008, memerlukan Umno dan Barisan Nasional (BN) berubah bagi menangani cara berfikir masyarakat hari ini yang sudah terdedah dengan pelbagai pengetahuan dan harapan baru mereka.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata antara pendekatan itu ialah dengan melaksanakan program-program yang dapat menyentuh hati dan perasaan rakyat.

" Ia tidak melibatkan kos yang tinggi dan masa yang banyak. Dulu lagi kita dah dahulukan rakyat...tetapi sekarang penting untuk mendahulukan rakyat secara serius. Kalau ada problem di bawah kena turun ke bawah. Penting untuk melihat masyarakat di bawah...dengar secara langsung masalah mereka.

"Ini supaya kita dapat fikirkan pendekatan dan cara nak selesai masalah mereka. Mereka akan lihat kesungguhan kita. Kalau tak turun ke bawah, kita tak dengarlah masalah...rakyat cakap Umno tak berubah. Takde tranformasi...macam cara lama," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Padang Terap di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Ahmad di sini.

Muhyiddin berkata setiap cawangan perlu melaksanakan program masing-masing kerana kesannya cukup mendalam.

"Banyak (program) yang boleh dibuat. Yang sakit, yang uzur, yang tak upaya. Anak mereka tidak belajar sekolah, yang kurang kemudahan dan perlu bantuan. Ketua cawangan pergi rumah lawat orang sakit dan uzur. Dapat selesai sebahagian masalah dah cukup baik.

"Kita harus lihat kepada pengundi apa yang mereka mahu. Mungkin apa yang dah lama kita buat tidak diterima rakyat lagi. Kuasa di tangan rakyat. Tak boleh bertindak seperti biasa. Kita buat sesuatu seperti masjid dan surau dah tak cukup. Rakyat mintak lebih daripada itu," katanya.

Beliau berkata jika BN menjanjikan macam-macam akan ada pihak lain yang menjanjikan "bulan dan matahari" sedangkan BN menjanjikan hanya apa yang mereka boleh lakukan.

Katanya situasi politik yang berbeza ketika ini menuntut Umno membuat perubahan besar bagi menghadapi keadaan yang mencabar kerana kesan pilihan raya umum lepas telah menyebabkan Umno dan BN berada dalam keadaan tidak menentu.

" Ini cabaran yang hebat. Kenapa rakyat tak sokong kita walaupun perjuangan kita betul dan diisi dengan pembangunan. Apa kita tak buat sehingga mereka pilih kerajaan yang tidak teruji. Inilah ujian kita," katanya.

Muhyiddin berkata selain itu untuk BN dan Umno kembali menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang dan memenangani kembali negeri yang terlepas kepada pembangkang, soal perpaduan perlu dijadikan kunci utama.

" Saya nak ajak pimpinan di bahagian-bahagian. Soal perpaduan kunci utama. Jangan ada problem dalam parti. Jangan hingga wujud masalah yang boleh menjejaskan usaha kita untuk meningkatkan kerjasama," katanya.

Beliau berkata selain itu, Umno juga perlu melihat kepada seberapa ramai pengundi yang menyokongnya dan kerana itu usaha mendaftar dan menambah pengundi perlu diteruskan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan