Nasruddin Dijangka Menang Tanpa Bertanding Ketua Pemuda PAS

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan dijangka mengekalkan jawatannya selepas tiga lagi calon lain membuat keputusan untuk tidak bertanding jawatan tersebut pada pemilihan Pemuda 2 Jun ini.

Ketiga-tiga calon itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi Abdul Rani, Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kayat dan pengarah pilihan raya Pemuda PAS Firdaus Jaafar.

Ketika dihubungi, Azman dan Firdaus berkata mereka telah membuat keputusan untuk tidak bertanding jawatan ketua Pemuda beberapa hari yang lalu manakala Suhaizan, yang juga Ketua Pemuda PAS Johor, hanya mengumumkan pendiriannya pada Jumaat.

"Saya mengesahkan tidak akan bertanding jawatan ketua Pemuda PAS. Saya hanya menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Ketua Pemuda sepertimana yang telah saya nyatakan dalam blog saya hari ini," kata Suhaizan ketika dihubungi pada Jumaat.

Dengan pengumuman itu, Nasruddin mempunyai laluan selesa mengekalkan jawatannya apabila keputusan rasmi calon yang bertanding diumumkan 26 Mei ini.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Pusat turut mengadakan mesyuarat khas semalam bagi membincangkan pemilihan yang akan diadakan awal bulan depan.

Ketika dihubungi, Nasruddin berkata mesyuarat itu tidak membincangkan soal kompromi mengenai jawatan yang dipertandingkan sebaliknya hanya mengenai persiapan Muktamar Pemuda PAS yang akan diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam selama dua hari dengan perasmian pada 1 Jun dan pemilihan pada 2 Jun.

"Sebaliknya, mesyuarat semalam menetapkan semua calon bebas bertanding mahupun menarik diri," katanya.

Beliau seterusnya menjelaskan mesyuarat semalam membincangkan agenda Pemuda PAS, usul yang mahu dibentangkan dan ucaptama pada Muktamar Pemuda PAS.

Ditanya mengenai keputusan tiga calon lain yang menolak pencalonan bertanding jawatan ketua Pemuda, katanya beliau hanya akan mengulas mengenainya selepas pengumuman rasmi 26 Mei ini.

Nasruddin dipilih menjadi ketua Pemuda PAS pada pemilihan 2009 bagi menggantikan Salahuddin Ayub, yang bertanding jawatan Naib Presiden parti. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan